Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenyataan pemerintah rancang tambah jumlah penduduk S'pura hingga 10 juta adalah tidak benar: PMO

Jul 01, 2020 | 07:18 PM



DIVISYEN Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD) berkata kenyataan yang diedarkan di berbagai platform ‘online’ bahawa pemerintah mencadangkan atau merancang untuk meningkatkan jumlah penduduk di Singapura menjadi 10 juta orang adalah tidak benar.



“Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD), Kumpulan Strategi, Pejabat Perdana Menteri, ingin menyatakan secara tegas bahawa kenyataan-kenyataan itu tidak benar.



“Pemerintah tidak mengusulkan, merencanakan atau menyasarkan agar Singapura meningkatkan jumlah penduduknya menjadi 10 juta,” kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Rabu (1 Julai).



Menurut kenyataan itu, pemerintah secara kerap menerangkan pendekatannya terhadap perencanaan penduduk, termasuk melalui kemas kini tahunan dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan.



Dalam satu artikel Factually yang diterbitkan pada Mac 2020, pemerintah menegaskan bahawa saiz penduduk Singapura dipengaruhi oleh banyak faktor, termasuk kadar kelahiran, jangka hayat dan perkembangan global.



Kenyataan itu berkata:



“Kami memantau trend penduduk dengan teliti, dan secara kerap menyemak dasar populasi bersama dengan infrastruktur dan keperluan pembangunan sosial.



“Kemas kini mengenai ramalan penduduk telah diberikan di Parlimen pada Mac 2018.



“Dalam kemas kini tersebut, pemerintah menyatakan bahawa berdasarkan trend terkini, jumlah penduduk Singapura mungkin berada jauh di bawah 6.9 juta pada tahun 2030.”



Penerbitan kepalsuan itu merosakkan kepentingan awam, dengan merosakkan perbincangan yang sah dan jujur.



Tindakan sewajarnya boleh diambil terhadap sebarang penerbitan yang dilakukan selanjutnya, kata kenyataan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >