Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenyataan Penuh Pergas mengenai pengekalan Seksyen 377A

Pergas: Pandangan Islam tentang nilai moral yang universal adalah jelas dan konsisten, tidak berubah sepanjang zaman
Mar 05, 2022 | 12:32 PM



UCAPAN penghargaan ditujukan kepada pihak pemerintah yang menjunjung tinggi nilai moral yang dipegang oleh majoriti masyarakat dan mengambil pendekatan yang bijak dan keseimbangan dalam menangani perkara ini. 

Keamanan sosial dalam masyarakat berbilang bahasa, budaya dan agama dijadikan teras pertimbangan dalam mengambil keputusan ini.

Pandangan Islam tentang nilai moral yang universal adalah jelas dan konsisten. 

Ia tidak berubah sepanjang zaman walaupun terdapat para Nabi yang bersilih-ganti. 

Inilah asas yang membentuk pandangan majoriti ulama Islam tentang larangan perbuatan hubungan seks di antara dua lelaki dan menjadi asas pegangan agama samawi yang lain.

Pergas bersama masyarakat Islam bersyukur bahawa nilai ini masih kukuh dan menjadi pegangan majoriti masyarakat beragama di Singapura. 

Sebagai institusi asatizah dan institusi pendidikan Islam, Pergas komited untuk menyemai dan melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi yang diwariskan kepada generasi akan datang.

Pergas bersama institusi keagamaan yang lain serta majoriti masyarakat Islam di Singapura ingin agar dasar yang menyokong nilai-nilai moral yang universal dikekalkan. 

Walaupun terdapat pandangan yang berbeza, keamanan perlu dipupuk dan sifat saling hormat-menghormati sentiasa dipelihara dan menjadi kayu ukur kepada kehidupan bermasyarakat yang progresif di Singapura.

Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Syura ayat 11: 

“(Allah) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan, dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan pula, dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan cara itu. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”



PERSATUAN ULAMA DAN GURU-GURU AGAMA ISLAM (SINGAPURA)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >