Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN JAWATANKUASA HAK ISTIMEWA PARLIMEN (COP)

Kenyataan Sylvia dedah Pritam bimbing Raeesah buat kenyataan palsu

Feb 12, 2022 | 05:30 AM



SEBAHAGIAN keterangan diberikan oleh pengerusi Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim kepada Jawatankuasa Hak Istimewa (COP) Parlimen adalah berguna, menurut laporan COP kelmarin.



Jawatankuasa itu berkata Cik Lim telah memberikan bukti yang menunjukkan Ketua Pembangkang dan ketua WP, Encik Pritam Singh telah membimbing bekas Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang, Cik Raeesah Khan untuk meneruskan kepalsuannya pada 3 Ogos di Parlimen sebelum sidang Parlimen pada 4 Oktober.



Jawatankuasa itu merujuk kepada nota Cik Lim mengenai mesyuarat panel disiplin dalaman WP pada 29 November antara Encik Pritam, Cik Lim, naib pengerusi parti Encik Faisal Manap dan Cik Raeesah.



Cik Lim merekodkan dalam nota beliau bahawa Encik Pritam telah bertanya kepada Cik Raeesah:



"Sebelum sesi Oktober lalu, saya bertemu dengan anda + memberitahu anda bahawa ia adalah panggilan anda..."



COP berkata ia mengetahui perkara ini hanya selepas Cik Lim secara sukarela menyediakan nota itu pada 13 Disember, iaitu hari beliau hadir di hadapan jawatankuasa untuk memberikan keterangan.



Dalam keterangannya, Cik Lim diminta pandangannya mengenai apa yang telah dikatakan oleh Encik Pritam kepada Cik Raeesah semasa mesyuarat pada 29 November lalu.



Cik Lim memberitahu jawatankuasa itu bahawa Encik Pritam seolah-olah berkata ia adalah untuk Cik Raeesah untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan pada 4 Oktober, jika isu itu timbul di Parlimen.



Jawatankuasa itu berkata Cik Lim telah merujuknya secara khusus kepada bahagian nota beliau, yang menunjukkan bahawa pada 29 November lalu, Encik Pritam telah berkata kepada Cik Raeesah bahawa beliau telah memberinya pilihan pada 3 Oktober sama ada untuk memberitahu perkara yang benar.



Laporan COP itu menyatakan Cik Lim bersedia secara sukarela menyerahkan bukti ini meskipun ia membawa padah kepada pemimpin partinya.



Lantas, bukti itu adalah relevan dan harus diambil kira oleh Parlimen dalam menilai kedudukan Cik Lim, kata laporan itu.



Namun, jawatankuasa itu juga mendapati Cik Lim, Encik Pritam dan Encik Faisal, telah berbohong di bawah sumpah dalam keterangan mereka berdasarkan bukti yang ada.



Ia memetik pertemuan 8 Ogos antara Cik Raeesah dengan tiga pemimpin kanan WP itu.



Dalam mesyuarat itu, jawatankuasa itu berkata, Cik Raeesah mengaku berbohong di Parlimen pada 3 Ogos, dan Encik Pritam telah memberitahunya untuk "bawa maklumat itu ke kubur".



Dalam keterangan mereka pada Disember lalu, ketiga-tiga pemimpin itu telah menafikan rentetan kejadian itu, yang diberikan oleh Cik Raeesah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >