Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kepelbagaian jadi kekuatan bagi Asean

Sep 12, 2019 | 03:01 PM



Dari Manila 



 



KEPELBAGAIAN boleh menjadi satu kekuatan bagi negara dalam Asean, termasuk Singapura dengan Filipina, terutamanya dalam dunia global hari ini, kata Presiden Halimah Yacob dalam satu sidang media di akhir lawatan rasminya di Filipina pada Khamis (12 September).



Beliau menambah bahawa setiap negara dalam Asean juga mengongsi matlamat yang sama, iaitu untuk memastikan rantau ini makmur, mantap dan selamat, dan oleh itu, dialog adalah amat penting dalam mengeratkan hubungan dan mempertingkat persefahaman antara satu sama lain.



Puan Halimah berkata kepelbagaian mengajar nilai-nilai toleransi, kebaikan hati (magnanimity) dan persefahaman kepada masyarakat.



“Apabila anda mempunyai jiran berlainan bangsa atau agama, terdapat proses menyesuaikan diri (accomodation)...Ia membantu anda membina persefahaman, menjadikan anda manusia yang lebih baik dan menjadikan seluruh masyarakat lebih baik,” kata beliau.



“Terdapat kekuatan dalam kepelbagaian dan saya harap ini sesuatu yang kita lihat di peringkat sejagat - bahawa orang melihatnya sebagai satu nilai yang mereka hargai dan ingin miliki. Ini akan membuat kelainan di dunia ini,” tambah beliau.



Kata Puan Halimah lagi, meskipun jika seseorang itu hidup dalam masyarakat homogen, mereka perlu berurusan dengan dunia luar.



“Kita hidup dalam dunia global hari ini. Kita tidak hidup secara bersendirian dan membangunkan produk serta perkhidmatan untuk diri sendiri...Kita perlu sentiasa berurusan dengan dunia.



“Apabila anda berurusan dengan dunia, ia bermakna anda berurusan dengan pelbagai orang. Pengalaman anda sendiri memberitahu anda bagaimana anda boleh menguruskan proses ini,” kata beliau.



Dalam pada itu, Puan Halimah berkata dialog silang kaum dan agama adalah amat penting kerana setiap negara Asean mahu memastikan negara mereka makmur, mantap dan selamat “bagi negara membangun, berkembang, mewujudkan pekerjaan, dan menyediakan mutu kehidupan lebih baik untuk rakyatnya”.



Menyentuh tentang sesi dialog silang agama yang beliau sertai bersama sekumpulan belia Mindanao di Universiti Ateneo de Davao di Bandar Davao semalam, Puan Halimah berkata dialog sedemikian boleh diadakan dalam kesemua 10 negara Asean selain antara Singapura dengan Filipina saja.



Di peringkat antarabangsa pula, Puan Halimah berkata Singapura telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) pada Jun tahun ini bagi peserta melibatkan diri dalam dialog membina dan mengongsi tentang cabaran keharmonian sosial dalam masyarakat.



Tambahnya, keharmonian dan persefahaman silang agama bukan hanya tentang individu berlainan latar belakang berkumpul bersama untuk berbincang, tetapi juga tentang bagaimana mereka boleh bersatu untuk mengadakan “projek ketara” (tangible projects) buat kebaikan.



Puan Halimah memberi contoh Faiths@Work, sebuah kumpulan terdiri daripada individu pelbagai agama di Asean, yang telah melakukan projek kemanusiaan untuk membantu sebuah kampung di Manila mendapatkan akses kepada air bersih.



Dalam soal hubungan ekonomi pula, beliau berkata perniagaan Singapura, termasuk syarikat kecil dan sederhana (SME), mempunyai pelbagai peluang yang boleh direbut dalam Filipina.



Semasa lawatannya itu, beliau dan Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, telah menyaksikan pertukaran lapan MOU yang meliputi pelbagai bidang termasuk bandar bijak, pengurusan air, penguatkuasaan perlindungan data, perdagangan pertanian, pendidikan dan budaya.



Menyentuh tentang pertanian, beliau berkata MOU yang ditandatangani antara Enterprise Singapore (ESG) dengan Jabatan Pertanian Filipina bagi kerjasama pembangunan, perdagangan dan teknologi pertanian adalah satu peluang yang baik untuk perniagaan negara ini.



Satu lagi sektor yang boleh diterokai perniagaan Singapura ialah sektor digital, kata beliau.



“Filipina mempunyai penduduk muda yang mahir dengan aplikasi, dengan dunia e-dagang.



“Di sinilah terdapat peluang bagi SME kita memasuki pasaran itu,” kata beliau.



Lawatan rasmi lima hari ke Filipina itu dilakukan atas undangan Encik Duterte dan bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Singapura dengan Filipina.



Puan Halimah berkata beliau dan Encik Duterte mengesahkan hubungan dua hala antara dua negara itu.



"Kita telah memperkukuhkan lagi hubungan dua hala kita yang sudah kukuh dan saya berharap sebagai anggota pengasas Asean...kita akan terus memperkukuh hubungan ini," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >