Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KENYATAAN PERGAS

Kepentingan tegak institusi keluarga tradisional sebagai asas masyarakat

Dalam Rapat Hari Kebangsaan baru-baru ini, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong mengumumkan bahawa pemerintah akan meminda Perlembagaan untuk melindungi takrif perkahwinan sebagai antara seorang lelaki dan seorang wanita. Ini merupakan sebahagian usaha pemerintah untuk melindungi takrif di bawah undang-undang itu, yang terkandung dalam Akta Terjemahan dan Piagam Wanita, daripada dicabar dari segi Perlembagaan di mahkamah. Ini sedang pemerintah mengambil langkah untuk memansuhkan Seksyen 377A, undang-undang yang menyifatkan seks sejenis antara lelaki sebagai satu jenayah. Berikut adalah tukilan respons dari Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dan bagaimana masyarakat Islam boleh menangani isu berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual, transgender, queer (LGBTQ).
Aug 24, 2022 | 05:30 AM



MEMBERI respons kepada pengumuman Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Rapat Umum Kebangsaan 2022, Pergas ingin menekankan kepentingan memelihara serta mengukuhkan dasar dan nilai kekeluargaan di Singapura, termasuk melindungi definisi dan institusi perkahwinan serta memperkukuhkan kestabilan masyarakat dengan nilai-nilai keluarga daripada perkahwinan heteroseksual.



Pergas sangat menyokong langkah pemerintah untuk meminda perlembagaan Singapura bagi tujuan memelihara definisi perkahwinan antara lelaki dan wanita.



Pergas menggesa agar pindaan tersebut dapat dilaksanakan dengan segera.



Pandangan Islam yang melarang hubungan seksual sesama jenis adalah jelas dan tidak boleh diubah.



Ia adalah sandaran yang membentuk pandangan majoriti ulama dan masyarakat Islam.



Walaupun begitu, masyarakat Islam Singapura tetap bertanggungjawab untuk memastikan keamanan negara dengan menyuarakan pandangan secara hormat dan berhikmah.



Pegangan dan nilai moral kita juga tidak seharusnya bergantung kepada perundangan negara.



Sebaliknya, masyarakat Islam Singapura perlu meningkatkan usaha untuk memahami isu rumit ini dengan lebih baik, memupuk nilai-nilai moral islamik dan mengukuhkan nilai-nilai kekeluargaan dalam kehidupan dan masyarakat kita.



Ini juga bererti kita perlu meningkatkan mutu dan kandungan perbincangan mengenai isu seksualiti, perkahwinan dan keluarga di peringkat institusi pendidikan Islam.



Pergas komited di dalam usaha untuk mendidik dan melahirkan generasi individu, keluarga dan masyarakat yang bertakwa, peka dengan pegangan dan nilai keagamaan sehingga mampu untuk memberi respon yang menyepadukan ilmu, nilai-nilai dan tindakan yang sesuai di dalam menangani isu-isu rumit masa kini dan akan datang serta nilai-nilai dan definisi yang sentiasa berubah.



Pergas berharap agar anggota masyarakat terutamanya masyarakat Islam, tidak mengasingkan, mengecualikan mahupun menghina mereka yang merasakan diri mereka tergolong di dalam kumpulan LGBTQ.



Pergas juga menggesa masyarakat Islam untuk mendekati dan berinteraksi bersama kumpulan ini dengan baik dan rahmah serta menyokong mereka untuk menegakkan ajaran Islam yang benar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >