Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kepercayaan antara berbilang kaum SG antara kunci banteras radikalisasi

Isu pengganasan bukan hanya ancaman terhadap keselamatan fizikal, malah jejas perpaduan sosial: Ucapan Masagos melalui video sempena Sidang Antarabangsa Ekstremisme di Mesir
Jun 09, 2022 | 05:30 AM



PENDEKATAN Singapura dalam mengatasi ancaman pengganasan dan radikalisasi adalah berasaskan kepercayaan yang dibina antara pihak berkuasa, masyarakat Melayu/Islam dan anggota masyarakat lain.



Usaha itu juga merangkumi panduan keagamaan serta pemulihan jangka panjang bagi membantu mencapai matlamat mengukuhkan lagi kerjasama antara pihak-pihak tersebut, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Katanya, pemerintah sedar bahawa isu pengganasan bukan hanya ancaman terhadap keselamatan fizikal, malah boleh menjejas perpaduan sosial.



Beliau, yang menyampaikan ucapannya menerusi video, berkata demikian sempena Sidang Antarabangsa Ekstremisme Keagamaan yang berlangsung di Mesir kelmarin.



"Pemerintah Singapura bekerja rapat dengan masyarakat serta pihak berkuasa antarabangsa bagi menangani ancaman pengganas.



"Kami sedar pengganasan bukan hanya mengancam keselamatan fizikal. Jika kita gagal menangani risiko ini dengan pantas dan membasminya secara berkesan pada sumbernya, ia boleh mencetus perbalahan dan menjejas perpaduan sosial serta menjejas keseimbangan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama," ujarnya.



Encik Masagos menambah kesedaran yang timbul itu mendorong keputusan pemerintah untuk mengambil pendekatan yang lebih 'lembut' dengan tumpuan terhadap panduan keagamaan dan pemulihan jangka panjang.



Pendekatan Singapura dari segi pemulihan pula lebih bersifat menyeluruh dan intensif serta merangkumi pemulihan keagamaan, psikologi dan sosial serta dibentuk bagi memenuhi keperluan berbeza individu.



Mengulas lebih lanjut mengenai tiga aspek pemulihan itu, Encik Masagos berkata sesi pemulihan agama dengan kaunselor dari Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) akan melengkapkan tahanan dengan ajaran dan interpretasi agama yang wajar bagi menangani ideologi radikal yang diterima dari dalam talian dan sumber lain.



Melengkapkan proses pemulihan dari segi psikologi pula, Encik Masagos berkata tahanan akan dibantu pakar mengatasi kecenderungan terhadap keganasan, kebencian serta pengaruh radikal.



Ini selain pemulihan sosial bagi memastikan tahanan dapat kembali kepada masyarakat dengan lebih lancar, tambahnya.



Menurut Encik Masagos, Internet merupakan wadah utama bagi menyebar propaganda pengganas dan fahaman radikal, dan pemimpin agama memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat menolak pengaruh itu.



"Pemimpin agama kita memainkan peranan sebagai benteng pertahanan daripada pengaruh ideologi ektremis. Mereka memainkan peranan penting membimbing masyarakat mengamalkan agama dalam masyarakat kita yang berbeza kaum dan agama, dalam dan di luar talian," ujarnya.



Pada masa yang sama, Encik Masagos menekankan pentingnya usaha memastikan kemakmuran Singapura yang berterusan.



Singapura akan terus mewujudkan peluang bagi setiap warga dan ini tidak boleh diambil ringan.



"Sejak kemerdekaan, perpaduan sosial Singapura adalah di mana pemerintah mewujudkan asas dan keadaan yang sesuai bagi pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan, sementara mewujudkan akses kepada keperluan asas seperti pendidikan, penjagaan kesihatan dan perumahan.



"Bagi mereka yang menghadapi masa-masa sukar, pemerintah akan memberi mereka peluang untuk bangkit semula di samping masyarakat yang lebih prihatin," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >