KEPERLUAN warga tua terus menjadi keutamaan calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi Pilihan Raya Kecil Bukit Batok, Encik Muralidharan Pillai.
Dalam pertemuannya bersama pihak media semasa lawatan mengunjungi penduduk Bukit Batok pagi semalam, Encik Murali menggariskan dua inisiatif yang akan bermanfaat bagi golongan warga emas.