Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kepimpinan belia, kesihatan mental dibincang dalam Konvensyen AMP

Aug 19, 2022 | 05:30 AM



DALAM satu tinjauan persepsi masyarakat Muslim yang ditugaskan AMP Singapura pada 2020, salah satu dapatan berkenaan isu kesihatan mental dalam kalangan belia mendapati bahawa isu tersebut terkait dengan isu lain seperti isu sosial dan ekonomi.



Antara lain tinjauan yang menjalankan sesi temubual secara mendalam itu mendapati pertubuhan tertentu di sini daripada sekolah, institut sosial dan juga pihak berkuasa tidak memahami isu kesihatan mental dengan meluas.



Menurut tinjauan tersebut, isu itu dilihat sebagai satu isu biologi dan tidak menimbangkan faktor sekitaran lain seperti kewangan, perumahan, kekeluargaan dan sokongan penjagaan.



Tinjauan dijalankan ke atas peserta berusia antara 15 dengan 35 tahun oleh firma penyelidik tempatan Blackbox.



Mengulas dapatan tersebut, Dr Humairah Zainal, ketua panel belia AMP Singapura bagi Konvensyen Nasional yang bakal diadakan 15 Oktober ini berkata pihaknya mendapati isu kesihatan mental yang membelenggu belia di sini bersangkut paut dengan isu sistemik dan struktural.



Ini termasuk isu perumahan dan isu-isu yang mereka hadapi dalam sistem pendidikan, seperti tekanan pembelajaran dan sebagainya.



Dalam satu sidang media di AMP kelmarin, Dr Humairah, yang juga anggota jawatankuasa eksekutif Pusat Kajian Ehwal Islam dan Melayu (Rima) berkata antara soalan yang ditanya kepada peserta dalam tinjauan itu adalah:



Apa antara faktor yang menyumbang kepada isu kesihatan mental dalam kalangan belia?



Apa antara cabaran yang belia hadapi apabila ingin mencari bantuan profesional bagi keadaan mental mereka, dan bagaimana pula cabaran yang dihadapi belia dari golongan rentan yang ingin mencari bantuan kesihatan mental mereka?



Malah isu berkenaan mendapat perhatian orang ramai dan pemerintah sejak kebelakangan ini.



Satu tinjauan nasional yang dijalankan bersama Universiti Nasional Singapura (NUS) bersama Kementerian Pendidikan (MOE) dan Institut Kesihatan Mental (IMH) mendapati dalam setiap tiga belia di sini, terdapat seorang individu dilaporkan mempunyai simptom isu kesihatan mental seperti perasaan murung, gelisah dan berseorangan.



Kajian Epidemiologi dan Daya Tahan Belia itu membabitkan 3,336 peserta berusia 11 dengan 18 tahun di sini.



Dr Humairah berkata antara dapatan AMP dalam dua kajian yang dijalankannya dua tahun lalu adalah cabaran dihadapi belia ketika mendapatkan bantuan bagi menangani isu tersebut.



Ia termasuk jangkaan kos dalam mendapatkan bantuan profesional, kurang pengetahuan serta kesedaran tentang sumber bantuan relevan yang tersedia, dan juga kurangnya empati daripada badan-badan perkhidmatan sosial.



"Apa lagi dengan cabaran semasa termasuk kos sara hidup semakin tinggi dan menjejas kehidupan belia Islam di Singapura. Sudah tentu keadaan ini menjadi lebih nyata dalam kalangan belia di sini," katanya lagi.



Oleh itu AMP Singapura akan mengutarakan dua tema utama berkenaan belia pada konvensyennya nanti, iaitu isu kepimpinan belia dan perancangan penggantian kepimpinan dalam perbadanan Islam dan masyarakat, dan isu kesihatan mental dan sosio-ekonomi yang membelenggu belia di sini.



"Dengan itu kami bermatlamat mencari huraian terhadap jurang sedia ada terhadap bantuan yang diberi kepada belia di sini berkenaan isu kesihatan mental... dan meneroka sama ada kaitan antara isu sistemik di sini yang menyumbang kepada kebaikan mental belia di sini.



"Buat masa ini, topik itu masih belum lagi dikaji secara terperinci dalam bidang akademik bahkan dibincangkan secara umum secara meluas."




KONVENSYEN NASIONAL AMP SINGAPURA



- Tarikh: 15 Oktober 2022
- Masa: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
- Tempat: MAX Atria Ekspo Singapura
- Tetamu Kehormat: Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Encik Lawrence Wong
- Pendaftaran bermula: 1 September 2022



Butiran lanjut di:



- facebook.com/convo4.sg

- Instagram: @convo-4.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >