Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kepimpinan khidmat awam perlu lebih berkesan demi berkhidmat lebih baik

Nov 02, 2022 | 05:30 AM



PERKHIDMATAN Awam sedang menjalani transformasi agar dapat berkhidmat dengan lebih baik kepada negara dan warga.



Ini bermakna ia juga perlu mempertingkat keberkesanan kepimpinannya, agar dapat memberi inspirasi, memperkasa, membangunkan, dan merangsang pegawainya dengan lebih baik.



Menyatakan demikian semalam, ketua perkhidmatan awam, Encik Leo Yip, berkata peningkatan itu perlu dilakukan di kedua-dua peringkat, individu dan juga pasukan kepimpinan.



"Pertama, setiap daripada kita mesti membuat usaha berterusan untuk menjadi pemimpin lebih baik.



"Kedua, bagi kita yang mengetuai pasukan pemimpin, kita juga mesti meningkatkan pembangunan dan keberkesanan kepimpinan kita," katanya.



Encik Yip berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Kepimpinan Perkhidmatan Awam Tahunan di Pusat Seni Pementasan The Star.



Di acara itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada 18 ketua perkhidmatan awam yang bersara atau melepaskan jawatan mereka tahun ini.



Beliau juga meluahkan penghargaannya kepada tiga setiausaha tetap yang bersara tahun ini.



Encik Leo turut mengucapkan tahniah kepada 14 pegawai yang dilantik sebagai ketua perkhidmatan awam dan ketua perkhidmatan awam kanan, serta 122 pegawai yang dilantik kepada fasa am dan sektor dalam program kepimpinan perkhidmatan awam.



Beliau berkata pembangunan kepimpinan kekal sebagai keutamaan penting dalam perkhidmatan awam dengan semakan kerap dilakukan ke atas pendekatannya agar kekal relevan dengan masa.



Semakan yang dilakukan telah membawa beberapa peralihan ketara, seperti penubuhan program kepimpinan perkhidmatan awam pada 2013 untuk mengukuhkan pembangunan kepimpinan sektor.



Sementara itu, dalam tempoh dua tahun lalu perkhidmatan awam telah membuat tiga lagi perubahan untuk mengukuhkan pembangunan kepimpinannya, kata Encik Yip.



Ia telah membangunkan rangka kerja kecekapan kepimpinan yang membolehkannya beralih daripada menilai pegawai berdasarkan ciri seperti keupayaan analitikal dan intelek serta pengaruh dan kerjasama kepada pertumbuhan berasaskan kecekapan.



Perkhidmatan awam juga telah memperkenal sistem maklum balas menyeluruh yang membolehkan pengumpulan maklum balas tentang cara pemimpin memaparkan kecekapan yang dijangka daripada mereka.



"Nilai maklum balas ini datang daripada sumber berbeza-beza, bukan daripada pihak yang kita bekerja di bawah mereka sahaja, malah mereka yang bekerja untuk kita dan mereka yang bekerja bersama kita secara sampingan," kata Encik Yip.



Peralihan seterusnya yang dibuat ialah membangunkan etos dan budaya pemimpin membangunkan pemimpin lain yang lebih kukuh.



Ini dilakukan melalui dua inisiatif, iaitu 'Leadership Xchange Directory', yang merupakan rangkaian sokongan tidak formal baru untuk pemimpin memberi nasihat dan mengongsi pengalaman, dan 'Leadership Discourse' dipertingkat yang menggalak pemimpin secara aktif berkongsi cerita kepimpinan dan amalan terbaik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >