Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kepimpinan masa depan SG kian jelas, Lawrence dilantik DPM

Tiga lagi pemegang jawatan politik dinaikkan pangkat manakala lima yang lain diberi tugas serta tanggungjawab baru PM Lee: Peralihan penting untuk kemudi S'pura keluar secara selamat dari pandemik kepada masa depan lebih cerah
Jun 07, 2022 | 05:30 AM



BARISAN pucuk kepimpinan generasi selanjutnya negara kini semakin jelas dengan pelantikan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, sebagai Timbalan Perdana Menteri (DPM).



Kenaikan pangkat Encik Wong, 49 tahun, itu menyusuli pemilihan beliau oleh rakan-rakan seangkatannya, sebagai ketua pemimpin generasi keempat (4G) parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP).



Berkuatkuasa 13 Jun ini, pelantikan tersebut diumumkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semalam, dalam rangka rombakan Kabinetnya.



Encik Wong, yang bakal menjadi pemangku Perdana Menteri semasa ketiadaan PM Lee, akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Kewangan dan memikul tanggungjawab memimpin Kumpulan Strategi di Pejabat Perdana Menteri, mengambil alih daripada DPM Heng Swee Keat.



Kumpulan Strategi itu bertanggungjawab membentuk strategi bagi menangani isu-isu dan keutamaan penting yang dihadapi Singapura dalam tempoh jangka sederhana dan panjang.



Encik Heng, 61 tahun, pula kekal sebagai DPM selain meneruskan tugasnya sebagai Menteri Penyelaras Dasar Ekonomi dan menyelia Majlis Ekonomi Masa Depan, Yayasan Penyelidikan Nasional dan Lembaga Pentadbiran Dana Produktiviti.



Dalam pada itu, selain Encik Wong, tiga lagi pemegang jawatan politik dinaikkan pangkat manakala lima yang lain diberi tugas serta tanggungjawab baru.



Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Perhubungan dan Penerangan), Encik Tan Kiat How, dinaikkan pangkat kepada Menteri Negara Kanan.



Setiausaha Parlimen, Cik Rahayu Mahzam, dinaikkan pangkat kepada Setiausaha Parlimen Kanan.



Cik Rahayu kekal di Kementerian Kesihatan dan akan menggalas tanggungjawab baru di Kementerian Undang-Undang. Beliau akan melepaskan jawatannya di Kementerian Perhubungan dan Penerangan.



Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua, juga dinaikkan pangkat kepada Setiausaha Parlimen Kanan.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kesihatan), Dr Koh Poh Koon, akan melepaskan jawatannya di Kementerian Kesihatan dan menyertai Kementerian Kemampanan dan Sekitaran.



Dalam pada itu, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, yang menyertai gerakan buruh tahun lalu, akan melepaskan jawatannya sebagai timbalan setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), dan kembali menyertai pemerintah sepenuh masa.



Beliau juga akan diberi jawatan tambahan dalam Kementerian Kewangan.



Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Cik Sun Xueling, akan melepaskan jawatannya di Kementerian Pendidikan untuk menyertai Kementerian Ehwal Dalam Negeri.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Desmond Tan, pula akan melepaskan kededuanya jawatannya itu.



Beliau akan dilantik Menteri Negara (Pejabat Perdana Menteri) dan mengambil alih tugas Encik Chee dalam gerakan buruh.



Melengkapi jawatan baru yang diberikan itu ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, yang akan menggalas jawatan tambahan di Kementerian Kemampanan dan Sekitaran.



Rombakan Kabinet, yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri itu, merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam peralihan pucuk kepimpinan negara setelah ia tergendala menyusuli keputusan Encik Heng mengundurkan diri sebagai ketua pasukan 4G pada April tahun lalu.



Ia juga dilakukan sekitar setahun selepas tujuh menteri 4G diberikan jawatan baru dalam rombakan besar-besaran pada Mei 2021. Dalam rombakan tersebut, Encik Wong telah diberikan jawatan Menteri Kewangan.



Mengulas pelantikannya itu, Encik Wong menekankan, beliau akan melakukan terbaik mungkin dan memberikan sepenuhnya tenaganya untuk berkhidmat kepada Singapura dan rakyat.



"Saya meminta sokongan anda, dalam saya menerima pelantikan sebagai DPM, dan mengambil satu lagi langkah ke hadapan dalam mendakap tanggungjawab saya yang baru.



"Saya mengalu-alukan perjalanan yang akan saya lakukan bersama anda semua, dan bekerjasama dengan semua untuk mengemudi Singapura mengharungi pelbagai cabaran yang dihadapi hari ini, serta mengorak langkah ke hadapan bersama bagi esok yang lebih baik," ujar beliau.



Encik Heng pula menekankan, Encik Wong mempunyai sokongan penuh para pemimpin 4G.



"Saya akan melakukan sedaya-upaya untuk membantu kejayaannya, sambil berkhidmat bersama-sama dengan beliau sebagai DPM dan Menteri Penyelaras Dasar Ekonomi," ujar beliau.



Dalam catatannya di Facebook, PM Lee berkata:



"Kepimpinan generasi selanjutnya semakin terbentuk. Saya meminta semua untuk memberikan sokongan penuh kepada peralihan penting ini, untuk mengemudi Singapura keluar secara selamat dari pandemik kepada masa depan lebih cerah."




SEKILAS ROMBAKAN KABINET & LAIN-LAIN PELANTIKAN



KENAIKAN PANGKAT



Encik Lawrence Wong

Timbalan Perdana Menteri

Menteri Kewangan



Encik Tan Kiat How



Menteri Negara Kanan

Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara



Encik Eric Chua



Setiausaha Parlimen Kanan

Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga



Cik Rahayu Mahzam



Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan merangkap Undang-Undang



PELANTIKAN LAIN



Encik Chee Hong Tat



Menteri Negara Kanan

Kewangan* merangkap Pengangkutan



Dr Koh Poh Koon



Menteri Negara Kanan

Kemampanan dan Sekitaran* merangkap Tenaga Manusia



Cik Sun Xueling



Menteri Negara

Ehwal Dalam Negeri* merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga



Encik Desmond Tan



Menteri Negara

Pejabat Perdana Menteri*



Encik Baey Yam Keng



Setiausaha Parlimen Kanan

Kemampanan dan Sekitaran* merangkap Pengangkutan



* Jawatan baru; pelantikan berkuatkuasa 13 Jun 2022



LAPORAN SELANJUTNYA






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >