Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keprihatinan atas isu nasional cermin pemikiran maju Melayu: Masagos

Sep 09, 2019 | 05:30 AM



KEPRIHATINAN yang dikemukakan anggota masyarakat Melayu, terutamanya berkaitan kesan perubahan iklim serta peranan individu dalam mengurangkan kesan negatif terhadap persekitaran, menunjukkan pemikiran yang lebih maju.



Isu yang menjadi perhatian juga bukan hanya masalah harian tetapi merangkumi masalah yang menjejas masyarakat di tahap nasional, termasuk ekonomi dan juga pendidikan.



Menyatakan demikian semasa ditemui media selepas sesi ketiga dan terakhir dialog pasca Rapat Hari Kebangsaan semalam, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menambah beliau gembira walaupun menerima soalan bertubi-tubi semasa dialog tersebut.



"Jelas mereka faham apa yang diutarakan Perdana Menteri dalam NDR (Rapat Hari Kebangsaan), kerana soalan mereka memang ditumpukan kepada masalah besar seperti perubahan iklim antaranya.



"Bukan itu saja, mereka juga bertanya apakah peluang yang bakal wujud dalam sains dan teknologi dalam menangani masalah ini," katanya, yang telah menganggotai panel sesi kali ini bersama Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh Encik Saktiandi Supaat.



Namun, Encik Masagos yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam menambah tindakan lanjut oleh masyarakat Melayu Islam dalam menangani masalah perubahan iklim ini boleh diperbaiki.



"Tindakan kami boleh lebih baik lagi, dari segi penggunaan air dalam botol plastik atau penggunaan air semasa berwuduk dan juga pakaian yang sering ditukar baru.



"Kerana ini semua sikap yang boleh menjejas persekitaran kita dan sekaligus menjejas perubahan iklim," ujarnya.



Selain isu perubahan iklim, soal prasekolah turut dikemukakan berulang kali dalam dialog tersebut yang diadakan di Institut Pekerjaan dan Daya Kerja Devan Nair di Jurong East semalam.



Pentingnya pendidikan prasekolah turut diakui ramai, tetapi isu kos yang harus kekal dimampui dan juga pendidikan prasekolah yang berkesan, terutama sekali untuk masyarakat Melayu Islam dalam pembelajaran bahasa Melayu merupakan antara masalah yang diutarakan.



Cik Nur Aqilah Selamat, 23 tahun, yang baru menyertai industri penjagaan kanak-kanak dan prasekolah beberapa bulan lalu dapat melihat kurangnya pusat yang menawarkan pembelajaran bahasa Melayu.



"Saya rasa isu ini penting. Saya guru bahasa Inggeris tetapi sebagai seorang Melayu saya nak juga lihat anak-anak ini boleh berbahasa Melayu.



"Tapi apa yang saya lihat sekarang, pusat yang tawarkan bahasa Melayu kurang. Jadi saya rasa ini perlu dibincangkan dengan lebih mendalam lagi," ujarnya.



Tambahnya, ibu bapa yang ingin anaknya belajar bahasa Melayu biasanya harus memilih pusat yang lebih jauh dari kawasan perumahan mereka dan ini agak menyusahkan.



Seorang lagi peserta, Encik Syed Mohamad, 59 tahun, turut menekankan pentingnya pendidikan di prasekolah dan telah mengemukakan saranan untuk mewajibkan pendidikan prasekolah untuk semua.



"Pada saya pendidikan prasekolah ini penting kerana masa itu lah akal kanak-kanak aktif dan senang terima pelajaran.



"Apa yang kita lihat sekarang ini ramai yang kurang kemahiran matematik, dan ini mungkin boleh diperbaiki melalui pendidikan awal," ujarnya yang mewakili Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Limbang.



Isu asas yang menjejas sumber pendapatan terutamanya yang melibatkan usia persaraan dan juga kadar caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang dinaikkan terus mendapat perhatian ramai dalam sesi tersebut.



Menurut Encik Masagos, sesi dialog tersebut juga merupakan peluang untuk mereka menjelaskan salah faham atau kesilapan dalam pemahaman tentang isu tersebut.



"Kami dapat mencerahkan dan mencerna pemikiran tentang apa yang kami ingin capai dan bagaimana ia bermanfaat bagi mereka yang menua," katanya.



Sesi dialog tersebut merupakan salah satu dari tiga sesi Pasca NDR yang dianjurkan M kuasa Tiga (M³).



Seramai 200 peserta telah menghadiri sesi dialog itu kali ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >