Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keprihatinan pada varian Omicron: Semua yang tiba ke S'pura dari M'sia menerusi VTL darat perlu jalani ART semasa ketibaan

Nov 28, 2021 | 01:38 PM



PENGUNJUNG yang mengembara dari Malaysia ke Singapura menerusi Laluan Perjalanan Darat Buat Individu Yang Divaksin (VTL) akan diperlukan menjalani Ujian Pantas Antigen (ART) setibanya di sini.



Ini akan berkuatkuasa mulai 8 pagi pada Isnin (29 November) apabila kumpulan pengunjung VTL darat yang pertama tiba di Singapura.



Ini diumumkan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Ahad melihat pada laporan terkini mengenai varian koronavirus baru B.1.1.529 yang dikenali sebagai Omicron dan berpotensi lebih mudah menjangkiti.



ART yang dilakukan sewaktu ketibaan akan ditadbir di dua sudut ketibaan yang khusus buat mereka yang menggunakan VTL darat - Pusat Tukaran Bas Sementara Woodlands dan Terminal Queen Street.



Pengunjung diperlukan membuat bayaran secara elektronik bagi ART di pusat ujian secara langsung, kata MTI.



Sebelum ini, dilaporkan pada Rabu lalu bahawa mereka yang mengunjungi Singapura dari Malaysia harus diuji negatif Covid-19 dengan menggunakan ujian reaksi rantaian polymerase prakeberangkatan atau ART yang ditadbir secara profesional, yang harus dilakukakan dua hari sebelum berangkat ke Singapura.



Ujian prakeberangkatan ini juga diperlukan bagi mereka yang mengembara dari Singapura ke Malaysia seiringan dengan ART sewaktu ketibaan yang perlu dibuat di Terminal Bas Larkin Sentral.



Kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah tidak perlu menjalani ujian ini.



Pengumuman mengenai perjalanan bebas kuarantin antara kedua-dua negara dibuat susuli hampir 20 bulan sekatan sempadan dilaksana sejak Mac tahun lalu.



Hingga 2,880 orang akan berpeluang melalui perjalanan sebegini setiap hari dengan 1,440 pengunjung dari setiap hala (Singapura atau Malaysia).



Pengunjung mestilah warga negara, penduduk tetap atau pemegang pas jangka panjang (permit kerja, pas pekerjaan, pas pelajar atau pas lawatan jangka panjang) negara yang mereka masuki.



Mereka juga harus menggunakan salah satu daripada 64 khidmat bas VTL yang dikhususkan dan beroperasi antara 7.30 pagi dengan 9.30 malam setiap hari.



Mereka yang berjalan kaki atau memandu masih tetap tertakluk pada langkah kawalan sempadan yang sedia ada, yang buat masa ini termasuk keperluan menjalani Notis Jangan Keluar Rumah selama tujuh hari.



Mengenai perubahan ketetapan terkini itu, jurucakap MTI berkata: "ART sewaktu ketibaan akan membolehkan kami mengurangkan risiko tersebarnya B.1.1.529 di Singapura dan membolehkan kami secara beransur-ansur memperluas VTL darat dalam cara yang selamat dan tertukur."



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >