SEBAHAGIAN besar atlit Paralimpik Singapura termasuk pemenang pingat Yip Pin Xiu dan Theresa Goh disambut oleh kirakira 200 penyokong yang bersorak meraih ketibaan mereka pagi semalam.
Antara yang hadir di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi untuk menyambut atlit dari Rio, Brazil, itu ialah Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura, Encik Tan Chuan-Jin; Ketua Pegawai Eksekutif Sukan Singapura, Encik Lim Teck Yin; Presiden Persatuan Renang Singapura Encik Lee Kok Choy; serta anggota keluarga atlit.