Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

MFA bantu 250 warga SG masuk M'sia sejak Mac lalu

Vivian: Dua negara sudah capai persetujuan pada dasar benarkan perjalanan atas sebab-sebab tertentu
Feb 03, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) membantu 250 warga Singapura memasuki Malaysia sejak Mac tahun lalu, semasa pandemik Covid-19 ini, atas alasan belas kasihan atau sebab-sebab penting lain.



Namun, kebanyakan permohonan yang dibuat untuk ke seberang tambak tidak dapat dipenuhi, menurut Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, di Parlimen semalam.



Selain itu, MFA membantu 350 warga Singapura, kebanyakannya warga tua, kanak-kanak atau mereka yang menghadapi masalah pergerakan, yang tidak dapat pulang ke sini sejak Mac tahun lalu.



Dr Balakrishnan berkata demikian dalam responsnya terhadap soalan Cik Sylvia Lim (Aljunied), yang bertanya apakah pemerintah bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk membantu warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura yang perlu ke Malaysia atas sebab-sebab seperti mengunjungi aHLI keluarga sakit atau meninggal dunia.



Sempadan dua negara ini ditutup sejak Mac lalu disebabkan pandemik Covid-19.



Dr Balakrishnan berkata "perpisahan yang dipaksa disebabkan sempadan ditutup mempunyai kesan emosi tinggi terhadap banyak keluarga di Singapura, terutama mereka yang menghadapi kematian dalam keluarga".



"Saya menerima banyak e-mel daripada mereka yang tidak diberi peluang melawat ahli keluarga pada akhir hayat mereka. Untuk itu, kami turut bersimpati dan memahami perasaan warga Singapura dan Malaysia yang berada dalam keadaan ini," katanya.



Dr Balakrishnan menambah bahawa kementeriannya sudah mencapai persetujuan pada dasarnya untuk membenarkan perjalanan atas sebab-sebab tertentu.



"Kami mencapai persetujuan secara dasar dengan pihak berkuasa Malaysia untuk mewujudkan protokol bagi memasuki Malaysia atas sebab-sebab tertentu, termasuk kematian anggota keluarga, butiran lanjut masih ditentukan," ujar Dr Balakrishnan.



Bagaimanapun, langkah yang ditetapkan bagi menjaga kesihatan awam, seperti menutup sempadan, tetap diperlukan.



Dalam soalan tambahannya, Cik Lim berkata permohonan yang dibuat beberapa penduduknya yang ingin memasuki Malaysia tidak diluluskan kerana tidak menerima sebarang respons daripada pihak berkuasa Malaysia walaupun dengan bantuan MFA.



Beliau bertanya apakah MFA boleh mengambil pendekatan objektif dalam memilih siapa yang dibolehkan memasuki Malaysia.



Dalam responsnya, Dr Balakrishnan berkata keputusan muktamad terletak di tangan pihak berkuasa Malaysia.



"Saya tidak dapat mengatakan atas dasar apa beliau (ketua pengarah imigresen Malaysia) bersetuju terhadap permintaan tertentu dan tidak meluluskan permintaan lain," katanya.



Dalam setiap kes, MFA akan memberitahu warga Singapura atau PR supaya mendapatkan kelulusan daripda ketua pengarah imigresen Malaysia.



Pada masa sama, mereka boleh memberitahu MFA agar kementerian itu boleh berkomunikasi secara tidak rasmi dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia, kata Dr Balakrishnan.



"Namun, secara diplomatik keputusan muktamad... terletak di tangan ketua pengarah imigresen Malaysia," katanya.



Bagi soalan seterusnya, Cik Lim bertanya tentang rancangan MFA untuk menghadapi isu dua hala antara dua negara itu dengan pertimbangan terhadap keadaan politik dan tempoh darurat di Malaysia.



Dr Balakrishnan berkata walaupun berlaku perubahan kerajaan di Malaysia tahun lalu, dua negara ini masih mengekalkan hubungan baik.




Setuju wujudkan protokol masuk S'pura-M'sia 

"Kami mencapai persetujuan secara dasar dengan pihak berkuasa Malaysia untuk mewujudkan protokol bagi memasuki Malaysia atas sebab-sebab tertentu, termasuk kematian anggota keluarga, butiran lanjut masih ditentukan."

- Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.



Keputusan di tangan ketua pengarah imigresen M'sia 
"Saya tidak dapat mengatakan atas dasar apa beliau (ketua pengarah imigresen Malaysia) bersetuju terhadap permintaan (memasuki Malaysia) tertentu dan tidak meluluskan permintaan lain... Namun, secara diplomatik keputusan muktamad... terletak di tangan ketua pengarah imigresen Malaysia."
- Dr Vivian Balakrishnan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >