Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan ganja sebagai dadah kurang bahaya didorong wang, keuntungan

Dec 06, 2020 | 05:30 AM



KEPUTUSAN suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengklasifikasikan semula ganja sebagai dadah kurang berbahaya didorong wang dan keuntungan bukan sains dan pemikiran rasional, kata Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalan Negeri, Encik K. Shanmugam.



Bercakap kepada media selepas satu acara pelancaran buku mengenai perjalanan pemulihan bekas pesalah dadah, Encik Shanmugam berkata bahawa keputusan tersebut amat membimbangkan Singapura.



"Bagi saya, ia adalah kerana kuasa wang. Syarikat melihat keuntungan yang besar dan idea tidak baik bahawa ganja itu tidak berbahaya mula dipromosikan," ujar beliau.



Suruhanjaya PBB mengenai Dadah Narkotik itu mengundi Rabu lalu bagi mengeluarkan dadah ganja untuk perubatan daripada kategori dadah paling berbahaya.



Sebanyak 53 negara anggota suruhanjaya itu mengundi menerima salah satu daripada enam saranan mengenai ganja dan bahan berkaitan ganja yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Kebergantungan Dadah.



Lima saranan lain ditolak.



Saranan yang diterima itu disokong 27 negara anggota, ditolak 25 anggota, dengan satu anggota tidak mengundi.



Merujuk kepada undi tersebut, Encik Shanmugam berkata, keputusan itu dicapai dengan sokongan yang tipis, namun beliau menarik perhatian bahawa bukti menunjukkan bahawa bahaya ganja adalah "agak berat".



Tahun lalu, jurnal perubahan dihormati, Lancet, menggariskan terdapat risiko lebih tinggi bagi gangguan psikotik yang dikaitkan dengan penyalah gunaan ganja.



Pada tahun yang sama, Doktor Negara Amerika Syarikat juga menekankan mengenai tiga kesan negatif ganja iaitu ia menjejas pembelajaran dalam kanak-kanak, menyebabkan masalah IQ dan meningkatkan risiko gangguan psikotik.



Pada 2015, Institut Kesihatan Mental Singapura juga meneliti kajian mengenai subjek tersebut dan menyerahkan dapatannya kepada PBB.



"Buktinya agak jelas dan saya memberitahu PBB, 'Lihat, jika ada bukti yang ia tidak berbahaya, kami akan berubah fikiran. Tapi sejauh ini, apa yang kami lakukan berkesan bagi kami. Tiada sesiapa yang dapat menunjukkan sebaliknya," kata Encik Shanmugam lagi.



Beliau menambah, keputusan tersebut seharusnya diambil oleh doktor dan persatuan perubatan, dan jika ganja diperlukan bagi tujuan perubatan maka satu rangka kerja boleh dibangunkan bagi kegunaan pesakit.



"Bukan syarikat yang mengejar keuntungan yang harus membuat keputusan bahawa anda boleh membelinya di kaunter dan kemudian mengatakan bahawa is adalah untuk sebab perubatan," ujarnya.




“Buktinya agak jelas dan saya memberitahu PBB, ‘Lihat, jika ada bukti yang ia tidak berbahaya, kami akan berubah fikiran. Tapi sejauh ini, apa yang kami lakukan berkesan bagi kami. Tiada sesiapa yang dapat menunjukkan sebaliknya.’’
– Encik K. Shanmugam, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalan Negeri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >