Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CEMERLANG DALAM GCE 'A' DI SEBALIK COVID-19

Pelajar madrasah bina keyakinan selepas kecewa dengan GCE 'O'

Feb 23, 2021 | 05:30 AM



KEPUTUSAN GCE A: 2 A DAN 3 B



PELAJAR Madrasah Al-Ma'arif Islamiah, Fathimah Mohammed Haris, cemerlang dalam peperiksaan GCE perimgkat 'A' di mana keputusan diumumkan Jumaat lalu.



Beliau adalah antara 13 pelajar dari madrasah itu yang telah menduduki peperiksaan peringkat GCE 'A' dan meraih dua A dan tiga B dalam keputusannya.



"Alhamdulillah, keputusan saya secara keseluruhan sangat memuaskan dan saya berasa sangat gembira," Fathimah melahirkan rasa syukur ketika ditemubual oleh Berita Harian.



Pelajar berusia 19 tahun itu akui bahawa peperiksaan itu dianggap lebih mencabar baginya kerana pandemik Covid-19.



Fathimah mengatakan bahawa walaupun di rumah mempunyai tempat yang selesa untuk belajar, beliau mendapatinya sungguh mencabar, terutama apabila beliau terpaksa mengikuti pelajaran di rumah (HBL).



"Mengambil peperiksaan Peringkat 'A' sebagai pelajar madrasah lebih mencabar.



"Pada masa yang sama, HBL juga satu cabaran kerana ada pelajar memerlukan dorongan untuk belajar di rumah. Saya rasa secara keseluruhan, aspek yang paling penting ialah motivasi diri sendiri untuk mengatasi cabaran," kata anak sulung yang mempunyai dua adik lelaki, yang kemudian akui bahawa beliau lebih suka belajar di sekolah kerana berasa persekitarannya lebih memberangsangkan.



Dengan perbualan seisi rumahnya dalam bahasa Tamil dan Inggeris, Fathimah berkata bahawa sejak kecil, beliau terpaksa belajar bahasa Melayu supaya layak untuk mendaftar ke madrasah.



Ini kerana bahasa Melayu ialah salah satu kriteria yang diperlukan sebelum dapat mendaftar ke madrasah.



"Ibu saya, Cik Shajida Farvin Abdul Malik, telah meluangkan masa untuk belajar bahasa Melayu bersama saya pada peringkat awal untuk menyokong saya.



"Kini beliau masih tidak begitu fasih tetapi, saya dapat lihat keluarga saya bekerja keras untuk mendaftarkan saya ke Madarasah Al-Ma'arif," singkap Fathimah.



Selain itu, Fathimah juga mengatakan bahawa keluarganya sangat memberi sokongan terutama bapanya, Encik Mohammed Haris Abdul Gafoor.



"Sebelum mendapat keputusan, bapa saya memberitahu bahawa beliau tetap akan berasa bangga walau apa pun keputusannya. Dan ini telah membuat saya rasa kurang tertekan," tambahnya.



Antara lain, Fathimah menceritakan motivasinya untuk cemerlang dalam peperiksaan ini ialah kerana keputusan peperiksaan peringkat GCE 'O' tidak memuaskan dan beliau tidak mahu mengalami perasaan pahit itu sekali lagi.



"Saya sebenarnya pelajar biasa sahaja. Antara cabaran yang saya hadapi ialah untuk memastikan saya dapat membina semula keyakinan diri selepas pengalaman keputusan peringkat GCE 'O' yang mengecewakan.



"Oleh itu, untuk peperiksaan ini, saya tidak ingin mengulangi pengalaman dan perasaan itu dan ia adalah peluang saya untuk melakukan yang terbaik," kata Fathimah.



Dengan keputusannya itu, Fathimah ingin memohon ke Universiti Nasional Singapura dalam Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan dalam bidang psikologi atau sosiologi.



"Saya ingin memohon antara salah satu daripada kursus tersebut kerana ia mengenai tingkah laku manusia dan ia lebih relevan kepada saya," tambahnya.




MOTIVASI DIRI PALING UTAMA



"Mengambil peperiksaan Peringkat 'A' sebagai pelajar madrasah lebih mencabar.

Pada masa yang sama, ikuti pelajaran di rumah (HBL) juga satu cabaran kerana ada pelajar memerlukan dorongan untuk belajar di rumah. Saya rasa secara keseluruhan, aspek yang paling penting ialah motivasi diri sendiri untuk mengatasi cabaran."

- Fathimah Mohammed Haris




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >