Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

'Budak nakal' atasi masa gelap untuk capai keputusan membanggakan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

KEPUTUSAN GCE 'N'

'Budak nakal' atasi masa gelap untuk capai keputusan membanggakan

Dec 18, 2018 | 05:30 AM

PENDIDIKAN ibarat 'pasport' - tanpanya kita tidak dapat 'keluar' untuk mencapai cita-cita dan kejayaan di luar sana, begitulah respons Nur Syawalliah Rahmat, pelajar menengah empat Sekolah Menengah Bartley yang menerima keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'N' semalam.

Beliau antara 99.5 peratus daripada 9,917 pelajar aliran Normal (Akademik) yang lulus peperiksaan itu tahun ini.

Syawalliah mencapai keputusan membanggakan dengan meraih empat gred A dan tiga gred B bagi tujuh mata pelajarannya.

Ini sekali gus menyenaraikan beliau antara pelajar cemerlang dalam kohort pelajar Normal (Akademik) sekolah itu, yang layak memohon bagi Skim Kemasukan Langsung ke Program Politeknik (DPP).

Namun, kejayaan ini tidak datang dengan mudah. Sepanjang usianya 17 tahun, beliau hampir kehilangan 'pasport' itu.

Kira-kira lima tahun lalu, pergaulan bersama rakan yang berpengaruh tidak baik menyebabkan beliau terjebak dalam gejala antisosial.

Sifat suka memberontak dan pernah menyalah guna cecair dalam pemetik api, membuatkan ibunya, Cik Erma Yante Massuri, 44 tahun, tidak tahan dengan kerenahnya - sehinggakan Syawalliah terpaksa dihantar ke Girls' Home Singapura.

Beliau ditempatkan di pusat pemulihan akhlak itu selama tiga tahun dan baru sahaja dikeluarkan pada September tahun ini.

"Saya dulu nakal dan selalu balik rumah pukul 1 atau 2 pagi. Tapi bila di Girls' Home, saya niat nak berubah," kata anak bongsu tiga beradik itu.

Niat itu didorong pegawai Girls' Home Singapura yang hanya dikenali sebagai Cik Natasha, yang memberi Syawalliah semangat untuk mencari kebaikan dalam dirinya.

Pada 2017, beliau diberi peluang masuk ke sekolah menengah tersebut pada penggal kedua sebagai pelajar menengah tiga di aliran Normal (Akademik).

Berbekalkan tunjuk ajar guru dan kaunselor sekolah, beliau meraih keputusan baik di sekolah.

Syawalliah merupakan pelajar cemerlang bagi kohort menengah tiga aliran Normal (Akademik) dan dianugerahkan biasasiwa Edusave pada tahun tersebut.

"Terkejut saya kerana dulu saya malas belajar. Saya tak pernah dapat nombor satu.

"Sejak itu, saya mahu lakukan lebih baik lagi," kata pelajar yang gemar dengan mata pelajaran Matematik.

Dengan keputusan yang diperolehi semalam, beliau ingin memohon DPP untuk mengambil jurusan psikologi di Politeknik Nanyang atau Temasek bagi mempersiap diri membantu remaja berisiko yang lain.

Sekitar 1,500 tempat Program Asas Politeknik (PFP) ditawarkan di politeknik secara keseluruhannya dan permohonan dibuka pada Januari ini setelah keputusan GCE peringkat 'O' diumumkan.

"Saya nak bantu mereka seperti saya supaya mereka tahu mereka tidak bersendirian dan ada yang sudi bantu," tambah Syawalliah.

Seramai 76.9 peratus pelajar aliran Normal (Akademik) tahun ini layak melanjutkan pelajaran bagi mengambil GCE 'O' tahun depan.

Sementara itu, 97.5 peratus daripada 4,715 pelajar dari aliran Normal (Teknikal) lulus peperiksaan GCE 'N'.

Prestasi kohort tahun in lebih baik berbanding 2017, yang mempunyai kelulusan 99.4 peratus bagi pelajar aliran Normal (Akademik) dan 96.6 peratus bagi pelajar aliran Normal (Teknikal).

Sekitar 76.6 peratus pelajar aliran Normal (Akademik) tahun lalu layak melangkah ke menengah lima aliran Normal (Akademik).

LAPORAN SELANJUTNYA:

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3