Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Keputusan GCE 'N' diumum pada 17 Disember

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Keputusan GCE 'N' diumum pada 17 Disember

Dec 14, 2015 | 01:39 PM

KEPUTUSAN peperiksaan GCE peringkat 'N' 2015 akan dikeluarkan pada Khamis (17 Dis).

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 2 petang.

Calon persendirian akan dimaklumkan mengenai keputusan mereka melalui pos. Mereka juga boleh mendapatkan keputusan mereka secara dalam talian menggunakan akaun SingPass di www.seab.gov.sg mulai 2 petang Khamis.

Pelajar yang ingin memohon memasuki Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh melakukannya secara dalam talian di www.ite.edu.sg/wps/portal/intake, atau mendapatkan borang permohonan dari pusat perkhidmatan pelanggan di tiga kolej ITE.

Mereka yang layak bagi Program Asas Politeknik (PFP) dan/atau Skim Kemasukan Langsung Program Politeknik (DPP) akan menerima pelawaan bagi memohon program tersebut.

PFP ialah sebuah program satu tahun yang menawarkan kurikulum berorientasikan amali yang diajar oleh pensyarah politeknik, bagi menyediakan dengan lebih baik pelajar yang bakal memasuki politeknik.

Ia alternatif kepada Menengah Lima kerana lulusan GCE peringkat 'N' di bawah PFP tidak akan menduduk peperiksaaan GCE peringkat 'O'.

DPP pula ialah sebuah lagi pilihan bagi pelajar yang menunjukkan prestasi baik dalam GCE peringkat 'N'.

Pelajar boleh mengikuti program dua tahun Nitec Lanjutan di ITE dan seterusnya mendapatkan tempat di tahun pertama atau kedua dalam kursus politeknik berkaitan, dengan syarat mereka mencapai markah kelayakan GPA yang ditetapkan dalam program Nitec Lanjutan itu.

Maklumat lanjut mengenai DPP boleh didapatkan di http://www.ite.edu.sg/wps/portal/definitely-des/.

Maklumat PFP pula boleh didapatkan di http://pfp.polytechnic.edu.sg.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3