Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Keputusan GCE 'O': 85.6% lulus 5 subjek atau lebih dalam prestasi rekod

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Keputusan GCE 'O': 85.6% lulus 5 subjek atau lebih dalam prestasi rekod

Jan 12, 2022 | 06:01 PM

PELAJAR yang menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O' tahun lalu mendapat keputusan yang lebih baik sedikit daripada kohort sebelum mereka, dengan 85.6 peratus lulus lima subjek atau lebih.

Ini naik sedikit daripada 85.4 peratus pada 2020.

Dengan ini, kelas 2021, yang menerima keputusan mereka pada Rabu (12 Jan), mencapai prestasi terbaik bagi peperiksaan kebangsaan itu dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga dekad lalu, di tengah-tengah pandemik Covid-19 global.

Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) berkata dalam satu kenyataan pada Rabu bahawa sejumlah 23,555 calon menduduki GCE peringkat 'O' tahun lalu.

Hampir kesemuanya, atau 99.8 peratus, lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran, dan 96.4 peratus lulus sekurang-kurangnya tiga.

"Ini setanding dengan prestasi calon peperiksaan GCE peringkat 'O' pada tahun-tahun sebelumnya, walaupun terdapat Covid-19," kata MOE dan SEAB.

Pelajar yang ingin memohon kemasukan ke Maktab Rendah (JC), Institut Millennia, politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh melakukan demikian melalui Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE) menggunakan keputusan peperiksaan GCE peringkat 'O' mereka. Pendaftaran berlangsung dari 3 petang pada Rabu (12 Jan) hingga 4 petang Isnin depan (17 Jan).

Pelajar boleh menghubungi guru mereka atau kaunselor bimbingan kerjaya dan penddikan (ECG)  yang menyokong sekolah mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang pilihan yang ada untuk mereka.

Mereka juga boleh merujuk kepada portal MySkillsFuture.

Mereka juga boleh membuat janji temu dengan kaunselor dari Pusat ECG MOE dengan menghubungi 6831 1420, atau mengirim e-mel ke MOE_ECG@moe.gov.sg.

Pusat itu akan menawarkan kaunseling dalam talian atau telefon hingga 21 Januari.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3