Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan GCE O tahun lalu terbaik dalam sejarah

Jan 11, 2016 | 03:34 PM



KOHORT pelajar GCE perinkgkat O tahun lalu mencapai prestasi terbaik sejauh ini, dengan 83.8 peratus daripada mereka meraih lima atau lebih kelulusan.


Ini melepasi paras 83.3 peratus yang dicapai kohort 2014. Pada waktu itu, ia keputusan terbaik dalam masa sekurang-kurangnya 20 tahun.


Seramai 29,723 pelajar mengambil peperiksaan tersebut tahun lepas.


Dalam satu siaran media bersama, Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura berkata pada Isnin (11 Jan) bahawa 96.1 peratus daripada pelajar meraih sekurang-kurangnya tiga kelulusan, manakala 99.9 peratus lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.


Prestasi pelajar Normal (Akademik) dan calon persendirian juga bertambah baik.


Daripada 3,950 pelajar Normal (Akademik) yang mengambil GCE O tahun lalu, 88.6 peratus lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.


Angka itu lebih tinggi daripada 87.9 peratus yang dicapai kohort 2014.


Daripada 1,983 calon persendirian yang menduduki peperiksaan itu, 90.5 peratus lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.


Ia lebih baik daripada kelompok sebelumnya, iaitu 89.5 peratus.


Keputusan peperiksaan dikeluarkan di sekolah mulai 2 petang Isnin.


Pelajar boleh pergi ke ecareers.sg, sebuah portal pendidikan dan bimbingan kerjaya yang dihos MOE yang menyediakan maklumat mengenai pilihan yang ada bagi mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >