Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan GCE 'O': Pelajar Cedar cekal atasi trauma jatuh dari tingkat enam untuk duduki peperiksaan dan lulus

Jan 12, 2023 | 07:08 PM



IBARAT diberi peluang hidup buat kali kedua – itulah yang dilalui Nurul Huda Helmi setelah dia mengalami kejadian traumatik jatuh dari rumahnya di tingkat enam ketika menyidai pakaian.



Doktor memberitahu ibu bapanya untuk bersedia berdepan dengan situasi buruk anak mereka mungkin lumpuh seumur hidup dan buta, namun bak suatu ‘keajaiban’, Huda berjaya mengatasi segala ramalan dan pulih secara fizikal dalam beberapa bulan sahaja.



Bahkan, berbekalkan kecekalan dan semangat jitu, anak sulung dua beradik itu membuat keputusan mahu terus menduduki peperiksaan nasional GCE peringkat ‘O’ meskipun masih menjalani rawatan dan pembedahan.



Ditemui di Sekolah Menengah Perempuan Cedar pada Khamis (12 Januari), Huda, 16 tahun, yang ditemani ibu bapa dan teman rapatnya, berkata dia amat bersyukur kerana keluarga, sekolah dan rakan-rakannya banyak membantu dan memberi sokongan sepanjang tempoh pemulihannya dan meneruskan pendidikan.



Masih trauma dan enggan berkongsi terlalu banyak tentang kejadian yang berlaku pada 6 Februari 2021 itu, Huda berkata:



“Saya sangat bersyukur kerana pihak sekolah sangat menitikberatkan kesejahteraan saya.



“Sepanjang tempoh saya berada di hospital, sebenarnya saya sangat risau sebab waktu itu saya di menengah tiga dan dah ketinggalan hampir tiga suku pelajaran.



“Tapi saya bersyukur guru-guru dan keluarga saya tidak meletakkan sebarang tekanan ke atas diri saya untuk mencapai (gred) terbaik, bahkan mereka selalu memastikan saya mengutamakan pemulihan saya.”



Oleh kerana masih fobia dengan ketinggian dan tidak berani menaiki tangga walau untuk ke tingkat dua, semua kelas Huda dipindahkan ke aras pertama oleh pihak sekolah.



Guru-gurunya juga mengetepikan masa untuk membimbingnya secara peribadi, dan teman-temannya akan membuat nota untuk dikongsi bersamanya.



Pada Khamis, Huda merupakan antara 23,684 pelajar yang menerima keputusan GCE peringkat ‘O’ mereka.



Dia belum pasti sama ada mahu meneruskan pendidikan di maktab rendah atau politeknik, tetapi bercita-cita bekerja sebagai pakar psikologi, doktor atau kaunselor yang membolehnya membantu orang lain, katanya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >