Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan masuk JC, Poly, ITE 4 Feb

Jan 29, 2022 | 05:30 AM



PELAJAR yang memohon untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah (JC), Institut Millenia (MI), politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) mendapat keputusan pemohonan mereka pada 4 Februari.



Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata keputusan itu akan diumumkan pada 9 pagi.



Pelajar boleh memeriksa keputusan permohonan menerusi Sistem Internet-Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE-IS).



Pelajar yang memberikan nombor telefon bimbit pada waktu pendaftaran pula akan menerima keputusan kemasukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).



Menurut MOE, pemohon yang diterima masuk ke JC atau MI harus hadir di sekolah masing-masing pada 7.30 pagi Isnin, 7 Februari.



Mereka yang diterima masuk ke politeknik atau ITE akan menerima surat daripada institusi masing-masing yang mengandungi butiran lanjut.



Bagi pemohon yang ingin membuat rayuan berpindah ke JC lain, mereka hendaklah menghubungi JC pilihan mereka melalui telefon atau e-mel.



Pemohon yang ingin membuat rayuan berpindah ke MI juga harus menghubungi MI secara langsung menerusi telefon atau e-mel.



Pemohon yang ingin mengemukakan rayuan untuk beralih ke politeknik lain atau kursus dua tahun Nitec Lanjutan di ITE lain, boleh berbuat demikian melalui Portal Rayuan Dalam Talian JAE di https://jaeappeal.edu.sg.



Pelajar yang tidak dimasukkan ke mana-mana kursus dalam JAE juga digalakkan untuk mengemukakan rayuan melalui portal yang sama.



Pemohon boleh mengemukakan rayuan mulai 9 pagi Jumaat, 4 Februari 2022, hingga 4 petang, Rabu, 9 Februari 2022.



Keputusan rayuan akan dikeluarkan pada 9 pagi, Selasa, 22 Februari 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >