Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan Normal diumum Khamis depan

Dec 11, 2020 | 05:30 AM



KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Awam Pendidikan Normal (Akademik) dan Normal (Teknikal) akan dikeluarkan 2 petang Khamis depan.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB), ekoran keadaan Covid-19 sekarang, para pelajar akan menerima keputusan mereka daripada sekolah menengah masing-masing di kelas sendiri berbanding dengan berhimpun sebagai satu kohort sebelum ini.



Pelajar yang sakit, di bawah Perintah Kuarantin, Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau Cuti Ketidakhadiran pada hari keputusan dikeluarkan, tidak harus kembali ke sekolah untuk mengambil keputusan mereka.



Sebaliknya mereka boleh melihat keputusan mereka dalam talian di laman SEAB.



Sistem tersebut boleh diakses dari 17 hingga 31 Disember.



Pelajar juga boleh melantik seorang wakil untuk mengambil salinan keputusan bagi pihak pelajar.



Calon privet akan diberitahu tentang keputusan mereka melalui pos.



Keputusan akan dihantar pada 17 Disember kepada alamat yang telah diberikan kepada SEAB.



Pelajar yang layak bagi SingPass juga boleh menggunakan akaun SingPass untuk mendapatkan keputusan secara dalam talian menerusi SEAB.



Calon yang ingin memohon kursus yang ditawarkan Institut Teknikal Pendidikan (ITE) boleh membuat permohonan dalam talian di portal permohonan ITE mulai 17 Disember hingga 21 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >