Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan penempatan menengah satu dikeluar 22 Dis

Dec 16, 2021 | 05:30 AM



KEPUTUSAN penempatan ke menengah satu tahun depan akan dikeluarkan pada 9 pagi Rabu depan, umum Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.



Pelajar yang bakal memasuki menengah satu boleh mendapatkan keputusan penempatan mereka menerusi beberapa cara berikut:



  • menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), jika pemohon telah memberi nombor telefon bimbit mereka semasa membuat pemilihan sekolah;

  • sistem Internet menengah satu di laman penempatan (www.moe.gov.sg/s1-posting); atau

  • di sekolah rendah masing-masing.

Pelajar tidak perlu melaporkan diri secara fizikal di sekolah baru mereka pada hari kerja berikutnya selepas menerima keputusan penempatan mereka, menurut MOE dalam kenyataannya.



Sebaliknya, pelajar harus merujuk ke laman sekolah mereka mulai 22 Disember untuk mendapatkan maklumat mengenai pembelian buku dan pakaian seragam dalam talian serta butiran pelaporan.



Ibu bapa kohort menengah satu akan datang ini yang menggunakan Gerbang Ibu Bapa juga boleh menerima arahan daripada sekolah menengah anak mereka mulai tengah hari 22 Disember.



Jika pelajar tidak dapat melaporkan diri di sekolah menengah mereka pada hari pertama persekolahan pada 4 Januari depan atas sebab-sebab sah, mereka boleh menghubungi sekolah secara langsung untuk mengesahkan mereka akan mengambil tempat menengah satu yang telah diberi kepada mereka, dan sekolah akan menyimpan tempat itu untuk mereka, kata MOE.



Maklumat lanjut mengenai latihan penempatan itu boleh didapati di laman MOE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >