Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Keputusan peperiksaan GCE 'A' diumum 22 Feb

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Keputusan peperiksaan GCE 'A' diumum 22 Feb

Feb 15, 2019 | 02:26 PM

MEREKA yang menduduki Peperiksaan GCE Peringkat ‘A’ tahun lalu akan menerima keputusan mereka Jumaat depan (22 Februari).

Menurut Kementerian Pendidikan (MOE), para pelajar boleh mengambil keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula 2.30 petang pada hari tersebut.

Calon swasta akan dimaklumkan melalui pos pada hari yang sama. Mereka juga boleh menggunakan akaun SingPass mereka untuk mendapatkan keputusan masing-masing di laman web Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB).

Kini, mereka yang telah mengambil Peperiksaan GCE ‘A’ dan mahu meneruskan pendidikan di politeknik boleh melakukannya dengan tidak perlu mengambil satu semester, kata MOE.

Bermula Tahun Akademik 2019, pemegang sijil Peperiksaan GCE ‘A’ boleh dikecualikan bagi satu semester di politeknik bagi 110 kursus.

MOE menambah bahawa 110 kursus ini terdiri daripada separuh kursus diploma yang ditawarkan oleh lima politeknik di sini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3