Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32

Keputusan peperiksaan peringkat GCE ‘N’  dikeluarkan pada 17 Disember

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Keputusan peperiksaan peringkat GCE ‘N’  dikeluarkan pada 17 Disember

Dec 10, 2021 | 08:47 PM

CALON yang mengambil peperiksaan peringkat  GCE ‘N’ tahun ini akan menerima keputusan mereka pada Jumaat depan (17 Dis).
Aturan telah dilakukan  bagi  calon sekolah untuk mendapatkan keputusan mereka di bilik darjah mereka mulai 2.30 petang, ataupun dalam talian ekoran pandemik Covid-19.
Ini diumumkan  Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) pada Jumaat (10 Dis).


Hanya calon sekolah akan dibenarkan masuk ke sekolah dan mereka perlu mematuhi langkah pengurusan  selamat, kata kenyataan itu.
Calon yang diberikan Amaran Risiko Kesihatan (HRW) boleh mengambil keputusan mereka sendiri jika mereka mempunyai keputusan negatif bagi ujian pantas antigen pada 17 Disember.
Mereka yang tidak sihat atau perlu mengasingkan diri kerana keputusan ujian positif Covid-19, tidak harus kembali ke sekolah.


Sebaliknya, mereka boleh melihat keputusan mereka di laman web SEAB mulai 3.15 petang pada 17 Disember.
Calon yang mempunyai akaun Singpass boleh menggunakannya untuk mengakses  keputusan di dalam talian SEAB, yang boleh dilihat sehingga 31 Disember.
Bagi calon persendirian, kertas keputusan akan dipos pada 17 Disember ke alamat yang diberikan.
Calon juga boleh melantik proksi untuk mengambil keputusan mereka.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3