Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan PSLE 24 Nov

Nov 18, 2017 | 05:30 AM



KEPUTUSAN Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) 2017 akan diumumkan pada Jumaat, 24 November ini.



Murid boleh mendapatkan slip keputusan daripada sekolah masing-masing mulai 11 pagi, kata Kementerian Pendidikan (MOE).



Mereka yang layak akan menerima borang pemilihan sekolah menengah semasa mengambil slip keputusan masing-masing.



Setiap borang pemilihan Menengah Satu (S1) akan mengandungi Nombor Pengenalan Peribadi (PIN S1) unik yang terdapat pada sudut paling kanan borang.



Ia boleh digunakan bagi menghantar pilihan sekolah menengah secara dalam talian melalui Sistem Internet Menengah Satu (S1-IS).



S1-IS boleh digunakan dari 11 pagi 24 November hingga 3 petang 30 November melalui laman Penempatan Menengah 1 MOE di www.moe.gov.sg/admissions/secondary-one-posting-exercise.



Sebagai alternatif, borang pemilihan boleh dihantar melalui sekolah rendah murid.



Ia boleh dibuat pada masa berikut: 11 pagi hingga 3 petang 24 November; dan 9 pagi hingga 3 petang 27 hingga 30 November.



Keputusan penempatan Menengah 1 pula akan diumumkan pada 21 Disember.



Murid dikehendaki melaporkan diri pada 8.30 pagi 22 Disember di sekolah menengah masing-masing.



Sementara itu, sekolah khas bagi murid (Normal) Teknikal (SSNT) di Sekolah Menengah Crest dan Sekolah Menengah Spectra menawarkan laluan pendidikan alternatif bagi kursus Normal (Teknikal) bagi yang berminat dalam latihan amali.



Mereka yang layak mengikuti kursus Normal (Teknikal) dan berminat menuntut di kedua-dua sekolah itu harus mendaftar secara langsung ke sekolah berkenaan.



Pendaftaran boleh dibuat dari 11 pagi 24 November hingga 12 tengah hari 28 November, selain menyatakan pilihan sekolah menengah lain di bawah Penempatan Menengah 1.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >