Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan PSLE 25 Nov, murid ambil dalam kelas

Ibu atau bapa atau waris boleh temankan anak tapi tunggu di tempat ditetapkan, patuh langkah pengurusan selamat Covid-19
Nov 19, 2020 | 05:30 AM



KEPUTUSAN Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) akan dikeluarkan pada 25 November.



Borang pilihan Menengah 1 (S1) untuk memilih sekolah menengah perlu diambil secara fizikal dan tidak akan tersedia dalam talian, kata Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.



Disebabkan pandemik Covid-19, murid boleh mengambil keputusan mereka dalam kelas dan bukan di dewan sekolah bermula 11 pagi.



Keputusan ini dibuat bagi memberi murid "peluang berada bersama rakan sekelas dan mendapatkan bimbingan daripada guru secara bersemuka mengenai langkah mereka seterusnya" apabila mengambil keputusan mereka, kata MOE.



Memandangkan umur murid yang menduduki PSLE muda, ibu atau bapa atau waris murid dibenarkan menemani anak atau anak di bawah jagaan mereka ke sekolah untuk mengambil keputusan mereka.



Namun, mereka perlu tunggu di tempat yang ditetapkan di sekolah dan mematuhi langkah pengurusan selamat sementara murid menerima keputusan mereka dalam kelas.



Mereka yang kurang sihat atau sedang menjalani Perintah Kuarantin, Notis Duduk di Rumah atau Cuti Ketidakhadiran pada hari keputusan diumumkan tidak harus pergi ke sekolah untuk mengambil keputusan mereka.



Sebaliknya, mereka boleh melihat keputusan dalam talian di sistem pengumuman keputusan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) mulai 11.30 pagi pada 25 November menggunakan kata kunci yang telah mereka terima dari sekolah.



Sistem itu boleh diakses dari 25 November hingga 8 Disember.



Murid juga boleh melantik seorang wakil untuk mengambil salinan fizikal keputusan bagi pihak mereka hingga 27 November.



Mereka yang belum menerima kata kekunci bagi sistem pengumuman keputusan SEAB atau tidak dapat melantik seorang wakil untuk mengambil keputusan bagi pihak mereka, boleh menghubungi sekolah untuk bantuan.



Borang pilihan S1 akan diberi kepada murid layak apabila mereka mengambil slip keputusan secara fizikal, kata MOE.



Wakil calon boleh mengambil borang itu hingga 27 November.



Mereka yang tidak dapat mengambil borang tersebut boleh menghubungi sekolah untuk mendapatkan bantuan.



Dalam setiap borang pilihan S1, terdapat Nombor Pengenalan Peribadi S1 unik, yang boleh digunakan untuk mengemukakan pilihan sekolah menengah dalam talian dan melihat hasil penempatan ke sekolah menengah di Sistem Internet Menengah 1 (S1-IS).



Portal ini akan dapat diakses dari 11 pagi pada 25 November hingga 3 petang pada 1 Disember untuk murid menghantar pilihan sekolah mereka melalui laman web S1 Posting.



Hasil penempatan S1 akan dikeluarkan pada 22 Disember melalui SMS ke nombor tempatan yang disediakan oleh pemohon, di portal S1-IS atau di sekolah rendah murid.



Murid tidak perlu melapor ke sekolah menengah mereka tahun ini setelah mendapat keputusan penempatan S1.



Sebaliknya, mereka harus merujuk ke laman web sekolah yang diposkan mulai 22 Disember untuk maklumat lebih lanjut, seperti arahan mengenai pembelian buku dan pakaian seragam dalam talian, senarai buku, dan perincian pelaporan.



Maklumat lebih lanjut boleh didapati di laman web MOE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >