Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan PSLE: 98.4% lulus, layak ke sekolah menengah

Nov 22, 2018 | 12:26 PM



SEJUMLAH 98.4 peratus, atau 39,041 murid darjah enam tahun ini - serupa dengan perangkaan tahun lalu -  berjaya melangkah ke sekolah menengah, kata Kementerian Pendidikan (MOE), mengumumkan keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pda Khamis (22 November).



Sejumlah 39, 672 murid darjah enam menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini.


Daripada jumlah tersebut,  66.6 peratus berjaya ke aliran Ekspres, 0.4 mata peratusan lebih tinggi berbanding kohort tahun lalu (66.2 peratus) yang berbuat demikian. Rekod tertinggi pernah dicapai ialah 66.7 peratus yang dicatatkan kohort 2013.


Lagi  20.6 peratus berjaya melangkah ke aliran Normal (Akademik), dengan 11.2 peratus mara ke aliran Normal (Teknikal).


Baki 1.6 peratus atau 631 murid pula gagal melayakkan diri ke sekolah menengah. Kumpulan murid yang menduduki PSLE buat kali pertama diberi peluang menduduki peperiksaan itu lagi pada tahun depan.



Mereka juga boleh memohon ke Sekolah Assumption Pathway (APS) atau Sekolah Northlight (NLS).


Murid yang gagal selepas menduduki PSLE lebih sekali berpeluang juga boleh memohon ke  APS atau NLS, dan diperuntuk peluang lebih baik untuk mendapat tempat di sana.





Murid yang layak ke sekolah menengah akan menerima borang pilihan sekolah menengah semasa mereka mengambil keputusan.


Mereka boleh memilih sekolah menengah secara dalam talian atau menerusi borang pilihan yang boleh diserahkan kepada bekas sekolah rendah mereka.

 



Kata MOE, ia menggesa murid supaya berunding dengan ibu bapa dan   memilih sekolah yang memiliki budaya, program, dan sekitaran yang sesuai dengan keperluan pembelajaran dan minat mereka.


Ini termasuk program pembelajaran aplikasi, program belajar sepanjang hayat atau kegiatan luar darjah yang sesuai.



 





Keputusan penempatan sekolah menengah akan diumumkan pada 19 Disember nanti..


Pemohon perlu melaporkan diri ke sekolah menengah mereka pada hari selanjutnya, iaitu 20 Disember, pada 8.30 pagi.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >