Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan PSLE diumumkan Khamis depan

Nov 14, 2019 | 12:36 PM





KEPUTUSAN Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) akan diumumkan Khamis depan (21 November). 



Pelajar boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah mereka mulai 11 pagi.



Pelajar yang layak akan menerima borang pilihan untuk memilih sekolah menengah apabila mengambil keputusan mereka, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dalam kenyataannya hari ini (14 November).



Borang pilihan Menengah 1 mengadungi nombor pengenalan peribadi yang boleh digunakan untuk membuat pilihan sekolah menengah dalam talian.



Pilihan boleh dihantar dalam talian dari 11 pagi pada 21 November hingga 3 petang pada 27 November. Atau di sekolah rendah dari 11 pagi hingga 3 petang pada 21 November, dan 9 pagi hingga 3 petang pada 22,25,26 dan 27 November.



Keputusan sekolah menengah akan diumumkan pada 20 Disember melalui SMS, dalam talian atau sekolah rendah pelajar.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >