Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan pulangkan Terrex paparkan hubungan baik HK-S'pura: Ng Eng Hen

Jan 25, 2017 | 04:01 PM



KEPUTUSAN mengembalikan sembilan kereta perisai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mencerminkan hubungan baik dan mesra antara Hongkong dan Singapura, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen.



Bercakap kepada pemberita selepas satu acara pada Rabu (Jan 25), Dr Ng berkata firma perkapalan APL telah memberikan jaminan mempercepatkan kiriman pulang Terrex sebaik sahaja dibebaskan pihak berkuasa Hong Kong.



"Harapannya Terrex boleh meninggalkan Hongkong tidak lama lagi, dan tiba di Singapura bagi meraikan Chap Goh Meh," katanya.



APL berkata ia akan mengangkut Terrex dari Hongkong langsung ke Singapura tanpa sebarang persinggahan. Encik Ng berkata ia mengambil masa kira-kira seminggu untuk menghantar pulang kenderaan itu.



Pada Selasa, Kementerian Ehwal Luar Singapura berkata Ketua Eksekutif Hongkong Leung Chun Ying telah menjawab surat Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberitahu bahawa pihak berkuasa Hongkong selesai melakukan siasatan mereka dan akan melepaskan kenderaan Terrex ke Singapura melalui APL.



Kastam Hongkong Kastam menahan sembilan kenderaan Terrex dan kelengkapan pada 23 Nov di atas kapal kontena yang singgah di sana. Kenderaan itu dalam perjalanan ke Singapura selepas latihan ketenteraan SAF di Taiwan.



Ia ditahan kerana pemilik kapal APL gagal menyediakan permit sesuai untuk kenderaan, menurut laporan South China Morning Post.



Awal bulan ini, Dr Ng memberitahu Parlimen bahawa PM Lee telah menulis kepada Encik Leung meminta kenderaan dikembalikan.



Pada hari Selasa, Pesuruhjaya Kastam dan Eksais Hongkong Roy Tang berkata pihaknya telah selesaikan menjalankan siasatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >