Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Keputusan rayuan kes pembunuh Jabing Kho belum selesai

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Keputusan rayuan kes pembunuh Jabing Kho belum selesai

Nov 24, 2015 | 11:58 AM

NASIB penjenayah Jabing Kho, yang dua minggu lalu mengemukakan rayuan saat-saat akhir untuk mengetepikan pelaksanaan hukuman gantungnya bagi kesalahan bunuh, masih tidak menentu.

Ini setelah Mahkamah Rayuan lima hakim menangguhkan keputusannya untuk meneliti hujah peguamnya agar hukuman mati itu ditarik balik.

Kho, 31 tahun, dari Sarawak, seharusnya menjalani hukuman gantung pada 6 November lalu kerana membunuh dengan kejam seorang pekerja binaan tujuh tahun lalu, selepas rayuan pengampunannya ditolak Presiden bulan lalu.

Kurang 24 jam sebelum dia digantung, peguamnya yang baru dilantik, Encik Chandra Mohan K. Nair, berjaya mendapatkan penangguhan sementara supaya beliau mempunyai masa untuk menyediakan kesnya.

Pada Isnin (23 Nov), Encik Mohan berhujah agar mahkamah rayuan, yang Januari lalu memberi keputusan 3-2 agar Kho dihukum mati, mengetepikan keputusan itu dan menimbangkannya semula kerana kesilapan telah berlaku.

Pada 2008, Kho memukul Encik Cao Ruyin, 40 tahun, dengan dahan pokok semasa merompak beliau. Warga China itu meninggal dunia akibat kecederaan kepala enam hari kemudian.

Pada 2010, Kho dijatuhi hukuman mati - yang mantori bagi kesalahan bunuh pada waktu itu.

Rayuannya gagal tetapi dia dijatuhi hukuman baru penjara seumur hidup pada 2013, selepas undang-undang ditukar bagi memberi hakim budi bicara memilih hukuman penjara seumur hidup bagi kesalahan bunuh tanpa niat menyebabkan kematian.

Pihak pendakwaan kemudian mengemukakan rayuan.

Dalam penghakimannya, mahkamah rayuan memutuskan ujian undang-undang yang sesuai bagi menimbangkan apakah hukuman mati wajar ialah apakah tindakan pesalah menimbulkan kemarahan masyarakat.

Ia prinsip yang ditetapkan dalam kes culik untuk mendapatkan tebusan yang berlaku di sini pada 1970-an.

Pada Isnin, Encik Mohan berhujah bahawa mahkamah menggunakan prinsip undang-undang yang salah. Bagaimanapun, apabila ditanya para hakim apakah sepatutnya ujian yang betul, beliau tidak dapat menawarkan alternatif.

Encik Mohan juga berhujah bahawa mahkamah rayuan telah menafikan Kho peluang memberi keterangan mengenai bilangan pukulan dan kekerasan yang digunakanya semasa menyerang Encik Cao.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Francis Ng berkata hujah itu semata-semata hanya percubaan meyakinkan mahkamah supaya mengkaji semula perkara yang telah ditimbangkan dengan teliti.

Mahkamah akan memberi keputusannya pada satu tarikh kelak.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3