Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG HARI RAYA: MASJID AL-MAWADDAH

Kerah 40 kakitangan, relawan urus jemaah, pastikan ikut aturan keselamatan

May 02, 2022 | 05:30 AM



SETIAP pagi Syawal, Masjid Al-Mawaddah menjadi antara masjid yang sering dikunjungi jemaah yang menetap di sekitar kawasan Sengkang dan Hougang untuk menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri.



Jumlah jemaah yang besar kadang-kala akan menyebabkan segelintir mereka bersembahyang berdekatan dengan jalan raya.



Dengan bilangan jemaah yang besar ini dijangka kembali esok - buat pertama kali sejak pandemik Covid-19 - pihak masjid telahpun membuat persiapan rapi bagi memastikan keselamatan jemaah terjamin.



Berbanding tahun-tahun sebelum pandemik di mana Masjid Al-Mawaddah mampu menampung sejumlah 3,500 jemaah untuk solat Hari Raya, tahun ini ia menyediakan sebanyak 2,700 ruang setiap sesi untuk kedua-dua Muslimin dan Muslimah.



Masjid yang terletak di Compassvale Bow, Sengkang itu, merupakan antara masjid-masjid yang menawarkan dua sesi.



Menyentuh tentang persediaan yang dilakukan masjid bagi solat Hari Raya esok, Pengerusi Eksekutif Masjid (MEC), Ustaz Firdaus Khan Jamal Khan, berkata pihak masjid akan mengerahkan seramai 40 kakitangan dan sukarelawan.



Antara tugas mereka termasuk memeriksa tempahan para jemaah dan memastikan mereka melakukan 'safe entry', serta membantu mengarahkan jemaah ke ruang solat yang ditetapkan.



"Mereka sebenarnya sudahpun terbiasa dengan tugas-tugas untuk solat Hari Raya kerana sebelum Covid-19 mereka sering membantu masjid.



"Bezanya pada tahun ini kami mempunyai dua langkah yang lebih daripada tahun-tahun yang sebelumnya.



"Pertama kami perlu memastikan setiap jemaah mempunyai tempahan supaya jemaah tidak melimpah ruah di luar kawasan ruang solat yang disediakan masjid.



"Yang kedua, kami juga harus pastikan setiap jemaah perlu didaftar masuk dan melakukan 'check-in' seperti apa yang telah ditetapkan pemerintah untuk kumpulan yang lebih daripada lima ratus orang," kata Ustaz Firdaus.



Menurut beliau, kakitangan dan sukarelawan masjid akan melakukan pembersihan dan penyahjangkitan terakhir di seluruh kawasan masjid selepas solat subuh sebelum membuka pintu masjid dan membenarkan para jemaah masuk.



Di samping itu, masjid juga akan membuka ruang di aras besmen masjid untuk para Muslimah yang hadir untuk menunaikan solat Hari Raya.



Ini merupakan julung kalinya selepas dua tahun masjid membenarkan Muslimah bersolat Hari Raya di masjid.



Tahun lalu, hanya kaum Muslimin yang dibenarkan solat berjemaah Aidilfitri dengan masjid hanya mampu menampung 100 jemaah, yang dibahagikan kepada dua zon, setiap sesi.



Dengan pelonggaran terbaru dari pemerintah, Ustaz Firdaus berkata keluarga kini mampu bersama-sama menunaikan solat Hari Raya di masjid - sesuatu yang amat dialu-alukan ramai jemaah, menurut beliau.



"Kalau di Masjid Al-Mawaddah sendiri tahun lepas, kami tidak memberi ruang untuk Muslimah. Ini kerana kami hanya mempunyai dua zon yang hanya dibuka kepada Muslimin.



"Tetapi Alhamdulillah pada tahun ini, kami juga dapat memberikan ruang yang agak banyak untuk kaum Muslimah melakukan solat Raya. Jadi satu keluarga, termasuk ibu, ayah dan juga anak-anak boleh ke masjid untuk melakukan solat Raya bersama," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >