Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kereta api, bas berhias, seri suasana sambut Hari Raya

May 24, 2019 | 05:48 PM



BEBERAPA bas dan kereta api MRT kini dihiasi perhiasan Hari Raya sempena perayaan itu yang bakal disambut pada 5 Jun.



 



 Kereta api dan bas berhias itu dilancarkan pada Jumaat (24 Mei) oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura.



 “Hiasan tahun ini merangkumi corak batik bebunga dan bunga yang mekar, melambangkan pembaharuan jalinan persahabatan dan persaudaraan,” kata LTA, mengumumkan inisiaitif itu di Facebook.





 “Penumpang juga boleh menikmati elemen tatapan lain seperti corak rama-rama, yang melambangkan sifat daya tahan, perubahan, dan harapan, serta kehidupan,” tambah LTA.



 Kereta api berhias itu beroperasi di semua lima laluan MRT bermula hari ini hingga 3 Julai. Perhiasan serupa juga akan dipasangkan di bas nombor perkhidmatan 28, 70, 76, 154 dan 197.



 Beberapa pusat pertukaran bas dan stesen MRT, termasuk Paya Lebar, juga dihiasi warna-warni perayaan.



 Menurut LTA, perhiasan itu dilancarkan dengan kerjasama Kawasan Undi Kembangan-Chai Chee dan Geylang Serai, serta operator pengangkutan SBS Transit dan SMRT.



 “Stesen, kereta api dan bas bertema adalah sebahagian usaha LTA untuk menghidupkan pengalaman penumpang semasa musim perayaan dan memupuku budaya penumpang positif, kata LTA.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >