Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kereta api JB-Woodlands beroperasi semula

Jun 20, 2022 | 05:30 AM



PERKHIDMATAN tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) Shuttle Tebrau dari Stesen Johor Bahru Sentral ke Woodlands mula beroperasi semalam selepas dua tahun dihentikan akibat pandemik COVID-19 (gambar) .



Pembukaan operasi perkhidmatan itu memberi kelegaan kepada kededua rakyat negara yang berulang-alik atau melancong di seberang tambak dan negara ini.



Sebelum ini pengguna yang terpaksa menggunakan khidmat bas bersesak di Koswe Tambak Johor kini sebaliknya boleh memilih perkhidmatan tren yang lebih selesa dan pantas.



"Saya lega dan gembira kerana saya selalu memang menggunakan perkhidmatan ini setiap hujung minggu untuk ke JB dan balik ke Woodlands,'' ujar Encik Abdullah Sarip.



Menurut laman KTM, terdapat sebanyak 31 perjalanan disediakan antara kedua-dua laluan bermula jam 5 pagi berakhir 11.45 malam dengan 13 perjalanan dari Johor Bahru-Singapura dan 18 perjalanan dari Singapura-Johor Bahru.



Perjalanan antara Stesen Woodlands dengan JB Sentral hanya mengambil masa sekitar lima minit.



Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hadir di Stesen JB Sentral semalam pada majlis pelancaran semula perkhidmatan tren tersebut semalam.



"Melalui pengoperasian semula perkhidmatan Shuttle Tebrau ini, ia juga dapat mengurangkan kadar kesesakan trafik di Tambak Johor dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) terutama pada waktu sibuk," kata Datuk Onn kepada Berita Harian Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >