PUTRAJAYA, MALAYSIA: TEMPOH sedekad bagi Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) mula beroperasi adalah satu sasaran yang mencabar, namun Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan rakan sejawatannya, Datuk Seri Najib Razak, menekankan kededua negara komited bekerjasama demi mencapai matlamat itu.
Dua pemimpin itu berkata demikian dalam sidang akhbar sempena majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi projek HSR semalam. Majlis itu diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia itu di Sri Perdana.