PENUMPANG Laluan Timur Laut (NEL) dan Laluan Downtown (DTL) kini berpeluang menaiki kereta api bertema Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang pertama di Singapura yang telah mula beroperasi semalam.
Kereta api yang dilancarkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dengan kerjasama Jawatankuasa Eksekutif NDP tahun ini serta SBS Transit dan SMRT itu dihiasi mencerminkan tema NDP tahun ini - 'Membina Singapura Kita Esok'.