Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kereta api tergendala di stesen Clementi dan Jurong East

Oct 25, 2016 | 09:32 AM



SATU kerosakan kereta api melanda Laluan Timur-Barat di stesen Jurong East dan Clementi pada pagi Selasa (25 Okt), menjejas penumpang yang mengadu tersangkut di dalam kereta api.



Platform di dua stesen itu penuh sesak dengan penumpang pada waktu sibuk pagi, menurut beberapa pos di media sosial.



Pengguna Twitter @ SteveChee2 berkata kerosakan kereta api bermula pada 6.50 pagi dan berlaku kira-kira 40 minit, sementara yang lain berkata pengendali SMRT mengumumkan tambahan masa perjalanan 10 minit disebabkan kerosakan itu.



Menurut pembantu jualan Jackson Teo, 20 tahun, kereta api menuju Clementi yang dinaiki beliau bergerak perlahan-lahan sebelum pengumuman dibuat bahawa ia tidak boleh meneruskan perjalanan.



Menurutnya, kereta api itu berhenti seketika antara stesen Clementi dan Jurong East sebelum berpatah balik ke stesen Jurong East.



Penumpang kemudian diberitahu supaya turun dan tunggu kereta api seterusnya.



Seorang lagi pengguna Twitter, @Foodie_TL, berkata beliau terperangkap dalam kereta api sama lebih 20 minit, sambil menyifatkannya sebagai "perjalanan kereta api paling lama" beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >