Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kereta baru didaftar bagi sewa privet naik 25.4%

Oct 28, 2022 | 05:30 AM



SEJUMLAH 4,337 kereta baru telah didaftarkan bagi kegunaan sewa privet dalam enam bulan pertama tahun ini, satu kenaikan sebanyak 25.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.



Dengan jumlah keseluruhan pendaftaran kereta baru dalam tempoh yang sama jatuh sebanyak 35.2 peratus daripada 25,678 kepada 16,640, kereta sewa baru membentuk angka yang terus meningkat.



Pemerhati industri berkata syarikat pemilik kereta membentuk jumlah yang besar bagi kereta sewa baru, lantas menyumbang kepada kenaikan premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE).



Dalam kalangan kereta sewa, pendaftaran bagi kereta yang digunakan untuk perkhidmatan tempahan seperti Grab dan Gojek naik sekitar 8.4 peratus.



Kereta yang dipajak keluar untuk dipandu sendiri atau perkhidmatan kereta kongsi melonjak lebih 46 peratus.



Kenaikan ini menandakan bahawa syarikat-syarikat tersebut sedang meluaskan jumlah kereta mereka kerana mereka menjangka lebih ramai orang akan menyewa kereta untuk bergerak ke mana-mana, berbanding membeli kereta sendiri sedang premium COE yang terus meningkat membuat pelanggan keluar daripada pasaran membeli kereta.



Dalam kategori kereta kecil dan kurang berkuasa, premium COE telah meningkat sekitar 45.8 peratus daripada $57,599 dalam tender pertama 2022 kepada $84,000 dalam tender terkini.



Pengedar kenderaan berkata permintaan bagi kereta daripada pembeli privet begitu lemah sejak lewat tahun lalu, dan keadaan telah menjadi semakin buruk sedang premium COE mencecah rekod tinggi awal tahun ini.



Sektor kereta sewa pula kelihatan meningkat. Firma kereta kongsi elektrik, BlueSG, mendaftarkan 109 kereta baru antara Januari dengan Ogos tahun ini - menambah kepada 693 unit yang ia miliki dan berada di jalan raya sehingga akhir tahun lalu.



Akhbar The Straits Times (ST) melaporkan bahawa BlueSG akan menambah sehingga 500 kereta Opel Corsa yang berkuasa bateri sepanjang beberapa bulan mendatang.



Sebuah lagi syarikat yang kian bertambah keretanya, GetGo, mula beroperasi pada Februari tahun lalu.



Syarikat kereta kongsi itu telah menambah jumlah kenderaannya dengan pantas.



Daripada hanya 400 kereta, jurucakapnya berkata kini terdapat 1,500 kereta. Semua kereta ini bukan milik GetGo. Sebaliknya lebih 10 pemilik berbeza membekalkan kereta kepada platform itu.



Selain syarikat kereta pajak biasa, terdapat juga pengedar kereta yang menjadi rakan kepada GetGo dalam usaha meraih sesuatu daripada stok kereta yang tidak terjual.



Sedang jumlah kereta sewa terus meningkat - 24,442 pada Jun lalu, berbanding 21,897 pada masa yang sama tahun lalu - sebaliknya pula berlaku kepada jumlah kereta bagi kegunaan khidmat tempahan.



Angka tersebut telah merosot daripada 46,903 kereta pada 2017 kepada 44,450 kereta pada Jun lalu.



Operator tempahan tidak mendedahkan kadar penggunaan kereta mereka, namun kemungkinan terdapat banyak kereta yang tidak disewa akibat kekurangan pemandu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >