Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kereta 'paksa masuk' ruang ketibaan imigresen Tuas, tiga individu ditahan ICA

Apr 08, 2022 | 07:01 PM



PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) telah menahan dua lelaki dan seorang wanita kerana gagal berhenti di ruang ketibaan pelepasan imigresen di Pusat Pemeriksaan Tuas dan kesalahan lain.



Sekitar 2.14 pagi Jumaat (8 April), sebuah kenderaan berdaftar Malaysia yang dipandu lelaki Singapura mengelakkan pemeriksaan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Malaysia.



Ia memecut laju menuju ke Pusat Pemeriksaan Tuas sedang ia dikejar Polis Trafik Malaysia.



Kenderaan ini dikesan seorang pegawai polis tambahan di pintu masuk Pusat Pemeriksaan Tuas, menghala ke Malaysia.



Pegawai itu dengan segera mengaktifkan penggera dan pusat pemeriksaan itu pun ditutup tanpa berlengah. Lelaki itu kemudian terus memandu dan 'memaksa masuk' ke Singapura menerusi laluan pelepasan motosikal.



Bagaimanapun, laluan itu terlalu sempit dan kenderaan berkenaan tidak berupaya bergerak lagi selepas merempuh kaunter.



Seorang pegawai ICA mengalami luka pada buku lali kanannya.  Pemandu itu pula ditahan ICA.



Dua penumpang dalam kenderaan itu, seorang lelaki warga China dan seorang wanita warga Vietnam cuba melarikan diri dengan berjalan kaki tetapi ditahan pegawai polis tambahan.



Wanita Vietnam itu mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika cuba melarikan diri.



Kededuanya didakwa tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan selanjutnya ditahan.



Siasatan awal menunjukkan pemandu kenderaan itu sedang dicari polis dan Biro Narkotik Pusat (CNB). Dia didakwa memiliki pasport Singapura yang diubahsuai.



Ujian air kencingnya pula menunjukkan pemandu itu positif dadah. 



Siasatan masih dijalankan. 



ICA memandang serius sebarang langkah memasuki Singapura secara haram. Mereka yang didapati bersalah boleh dipenjara hingga enam bulan dengan sekurang-kurangnya tiga sebatan rotan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >