Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kereta rempuh perhentian bas: Bayi 10 bulan antara yang cedera

Sep 08, 2019 | 04:56 PM



SEORANG bayi adalah antara tiga orang yang dikejarkan ke hospital selepas sebuah kereta merempuh perhentian bas berhampiran persimpangan Blair Road dan Kampong Bahru Road pada malam Sabtu (7 September).



Polis dan  Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka bergegas ke tempat kejadian di Kampong Bahru Road menghala ke Jalan Bukit Merah pada 11.43 malam.



Seorang wanita berusia 28 tahun dan seorang bayi lelaki berusia berusia 10 bulan dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH), manakala seorang pejalan kaki lelaki berusia 27 tahun dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).



Ketiga-tiga mangsa dalam keadaan sedar apabila digegaskan ke hospital.



Akhbar The Straits Times (ST) difahamkan kecederaan yang mereka alami tidak serius.



Bahagian depan kereta itu remuk.



Kemalangan itu telah menyebabkan sebuah papan tanda jatuh.



Tidak diketahui sama ada pemandu kereta itu tercedera atau tidak.



Seorang lagi yang dipercayai berada di perhentian bas apabila kemalangan itu berlaku, dilihat terbaring di kaki lima dan kemudian dibawa ambulans ke hospital, kata seorang saksi.



Seorang pelajar, Cik Athirah Fasihah Mohamed Yusof, 18 tahun, yang berada di gerai makan berdekatan, berkata kemalangan itu berlaku sekitar 11.45 malam. 



"Kereta itu tergelincir dan terbabas di perhentian bas. Ia turut menjatuhkan salah satu struktur tiang."



Kereta itu sedang dipandu di Kampong Bahru Road apabila ia terbabas, katanya.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >