Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kereta rempuh rumah kedai lalu terbakar, 5 maut

Feb 14, 2021 | 05:30 AM



LIMA orang terkorban dan seorang dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) setelah sebuah kereta merempuh bahagian depan sebuah rumah kedai, lalu terbakar awal pagi semalam.



Jurucakap polis berkata mereka dimaklumkan tentang kemalangan melibatkan sebuah kereta di Tanjong Pagar Road pada 5.40 pagi.



Siasatan awal mendedahkan kereta itu dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun dengan empat penumpang lelaki, yang berusia antara 26 tahun dengan 29 tahun.



Jurucakap itu menambah kereta itu dipercayai telah memecut di Tanjong Pagar Road sebelum merempuh sebuah rumah kedai dan terbakar.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan tentang satu kebakaran di 37 Tanjong Pagar Rd sekitar 5.40 pagi.



Encik Song Seng Wun, 60 tahun, yang tinggal di kawasan itu berkata beliau mendengar deruman kuat enjin kereta di jalan raya sekitar 5.30 pagi. Setelah kira-kira 10 minit, ahli ekonomi itu mendengar pelanggaran kuat lapor akhbar The Straits Times.



"Saya lihat di luar tingkap saya dan nampak api," katanya.



Beliau melihat sebuah kereta BMW, telah melanggar tingkat pertama sebuah rumah kedai yang kosong pada waktu itu.



Apabila Encik Song ke tempat kejadian, beliau nampak seorang lelaki melutut dan menangis di tepi jalan raya.



Beliau berkata: "Beliau menangis tidak terkawal dan merayu kepada pegawai polis supaya membantu, mengatakan rakan-rakannya berada di dalam kereta yang sedang terbakar itu."



Seorang rakan salah seorang mangsa di dalam kemalangan itu berkata seorang wanita cuba menyelamatkan salah seorang mangsa dan terkena api.



Encik Akira Chan, 21 tahun, rakan mangsa memberitahu ST salah seorang mangsa mengendalikan kedai makan Korea yang popular di kawasan itu.



Beliau berkata: "Mereka berada di restoran itu sekitar waktu itu dan sedang pulang apabila kereta hilang kawalan.



"Tunang salah seorang rakan saya dalam kereta itu cuba untuk membuka pintu untuk menyelamatkannya dan terbakar disebabkan itu."



ST difahamkan beliau mengalami kebakaran sebanyak 80 peratus di badannya dan sedang dirawat di di unit penjagaan intensif SGH, di mana beliau dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.



Anggota keluarga mangsa-mangsa tiba sekitar 10.30 pagi, dan dipercayai telah mengenal pasti mayat sebelum ia dibawa ke rumah mayat.



Kedengaran raungan mereka dari kira-kira 30 meter jauh, di seberang jalan dari lokasi kemalangan.



Mereka meninggalkan tempat kejadian kira-kira 11.30 pagi.



Seorang wanita muda dalam kalangan kumpulan itu dilihat menangis di tepi jalan raya, dan anggota keluarga lain kelihatan tidak keruan.




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >