Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kereta Singapura sekarang perlu VEP apabila masuk Johor

VEP
Jun 02, 2016 | 07:52 AM



MALAYSIA melaksana sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) ke atas kereta berdaftar di Singapura mulai Rabu (1 Jun), walaupun pemilik kenderaan tidak dikenakan levi RM20 ($6.60) sedang pihak berkuasa menjalankan ujian hingga 15 Julai.



Lebih 120,000 pemilik kereta Singapura telah mendaftar untuk VEP, kata pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kerja Raya, Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasni Mohammad.



Beliau menambah bahawa semua lorong kenderaan di kedua-dua pusat pemeriksaan dilengkapi kamera dan sensor bagi membaca plat lesen dan tag pengenalan frekuensi radio (RFID), yang dikeluarkan kepada kenderaan berdaftar.



"Kami juga tidak menawarkan diskaun khas, yang Singapura beri," katanya.



Singapura menaikkan levi VEP untuk kenderaan berdaftar di Malaysia dari $20 kepada $35 sehari pada hari biasa pada 2014. Bagaimanapun, setiap kenderaan diberi 10 hari percuma setiap tahun di Singapura.



Kereta yang memasuki Singapura antara 5 petang dan 2 pagi pada hari biasa dan sepanjang hari pada hujung minggu serta cuti umum tidak perlu membayar permit itu.



Levi VEP Malaysia boleh dibayar hanya dengan kad Touch 'n Go, iaitu kad tunai yang pemandu gunakan untuk membayar tol di semua lebuh raya Malaysia.



Malaysia juga memperkenal satu langkah baru semalam yang memerlukan pegawai imigresen memeriksa semua kenderaan yang mempunyai beberapa penumpang, untuk memastikan bilangannya sama dengan jumlah pasport yang diserahkan. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >