SEBUAH kereta terbalik dalam satu kemalangan di Lorong 1 Toa Payoh, dekat Blok 105, pada pagi Rabu (1 Feb).
Beberapa pegawai Polis Trafik dilihat di tempat kejadian pada kira-kira 10 pagi.
Jurucakap polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada kira-kira 9.18 pagi. Tiada kecederaan dilaporkan.
Siasatan masih dijalankan.