Kereta Tesla Model 3 akan ditawarkan di S'pura
Apr 02, 2016 | 05:30 AM
BOS Tesla Motors, Encik Elon Musk, telah mengumumkan bahawa Model 3 - kereta Tesla paling dimampui bermula dengan harga AS$35,000 ($47,000) - akan ditawarkan di Singapura.
Dalam satu kiriman di Twitter awal semalam, Encik Musk berkata kereta itu akan ditawarkan di lebih banyak negara berbanding sebelum ini.