Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja belakang tabir pastikan segala keperluan logistik pesawat tanpa pemandu dipenuhi

Sep 26, 2021 | 05:30 AM



Seramai 600 pegawai dari Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan 200 tentera darat Singapura telah terlibat dalam Latihan Forging Sabre yang diadakan di Pangkalan Angkatan Udara Mountain Home di Amerika Syarikat tahun ini. Latihan 10 hari yang berakhir semalam, merupakan latihan utama luar negara SAF yang pertama sejak pandemik Covid-19 bermula tahun lalu. Dua anggota SAF mengongsi pengalaman pertama mereka sewaktu latihan tersebut bersama BERITA MINGGU (BM).



MESKIPUN tidak terlibat secara langsung dalam latihan misi, peranan Sarjan Kedua (2SG) Abdul Haziq Abdul Halim di belakang tabir cukup penting.



Sebagai spesialis yang mengendalikan logistik, 2SG Haziq, 24 tahun, memikul tanggungjawab memastikan segala keperluan pasukan Veloce 15 mini-UAV bagi operasi seharian sewaktu Latihan Forging Sabre tahun ini dapat dipenuhi.



Antara tugasnya termasuk memastikan setiap aksesori pesawat tanpa pemandu (UAV) tersebut seperti bateri dan alat pengecas berada pada tahap operasi optimal.



"Saya akan mengikuti pengendali V15 mUAV ini dalam misi harian mereka dan memastikan sokongan logistik saya sentiasa tersedia," kata anggota tentera sepenuh masa itu.



UAV itu merupakan antara aset pengesan yang ditampilkan buat julung kalinya di latihan yang diadakan di Pangkalan Angkatan Udara Mountain Home di Idaho, Amerika Syarikat dari 14 hingga 25 September lalu.



Ia digunakan untuk membuat imbasan terhadap keadaan di sekitar medan pertempuran dengan memberi maklumat tepat mengenai ancaman yang terdapat di situ.



Memandangkan latihan V15 mUAV itu sering dilakukan di luar, justeru 2SG Haziq juga memainkan peranan penting dalam membekalkan pengendali V15 mUAV dengan makanan dan bekalan yang diperlukan sepanjang latihan mereka.



"Saya perlu memastikan makanan dan minuman mencukupi buat kami yang sedang bertugas," jelasnya yang mengikuti latihan Forging Sabre buat pertama kalinya.



Dengan keperluan yang pelbagai ini, persediaan teliti perlu dilakukan sebelum mereka berlepas ke Amerika Syarikat.



Menurut 2SG Haziq, mereka perlu memastikan kesemua alat pesawat kecil yang berharga itu disimpan dan disusun dengan rapi.



"Antara persiapan yang saya lakukan di Singapura sebelum latihan Forging Sabre ini adalah untuk menyediakan peralatan yang diperlukan untuk setiap operasi, mengikut manifes latihan yang diberikan.



"Kami kemudian akan meletakkannya ke dalam peti (crates) sebelum menyimpan peti itu ke dalam sebuah kontena yang akan dibawa ke tempat latihan kami di Amerika," katanya.



Berkongsi tentang cabaran yang dihadapi, 2SG Haziq berkata keadaan cuaca di Idaho mendatangkan cabaran yang tersendiri.



Ini kerana, tidak seperti di Singapura, cuaca di sana sukar untuk diramalkan, menurut beliau, sambil menambah cuaca di situ "sejuk dan anginnya agak kering".



Di samping itu, beliau berkata cuaca di situ kadang-kala boleh menjejas latihan mereka.



"Saya akan membawa bersama khemah tambahan kerana tiupan angin di sini agak kuat.



"Walaupun kami sudah memacaknya dan meletakkan benda berat, kami masih menghadapi masalah seperti khemah itu akan dibawa terbang atau rosak disebabkan angin kencang," tambah beliau.



Pengalaman ini malah merupakan antara yang tidak dapat dilupakan 2SG Haziq dan menyifat pengalaman berlatih di luar negara sebagai sesuatu yang berharga.



"Saya amat bersyukur dengan kepercayaan yang diberi kepada saya dan ia akan memanfaatkan saya pada suatu hari nanti," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >