Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEDIAKAN LEBIH BANYAK RUANG SOLAT DI MASJID SECARA SELAMAT

Kerja bersih masjid ditingkat sejajar ruang solat ditambah

Kadir galak masyarakat terus sokong masjid melalui wadah derma Ourmasjid.sg kerana kos operasi bertambah
Nov 13, 2021 | 05:30 AM



DENGAN lebih banyak ruang dibuka di masjid dan waktu solat Jumaat lebih awal diperkenal minggu ini, kerja pembersihan perlu dipertingkat demi memastikan keselamatan jemaah dan kakitangan barisan hadapan masjid, kata Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen.



Beliau menggalak anggota masyarakat terus menghulurkan sokongan melalui wadah derma Ourmasjid.sg untuk membantu menampung kos operasi masjid yang bertambah.



Encik Kadir berkata demikian semasa bertemu media di Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau semalam, selain menyentuh mengenai perubahan yang membolehkan lebih ramai orang pergi ke masjid.



"Muis sedang bekerjasama dengan masjid untuk melaksana perubahan-perubahan yang perlu dan untuk memudahkan proses masyarakat kita datang ke masjid.



"Kita juga perlu memastikan kesejahteraan barisan hadapan masjid kita, yang akan menyesuaikan diri untuk menampung lebih ramai jemaah," katanya.



Encik Kadir berharap perubahan ke atas proses tempahan dan masa lebih sesuai untuk solat Jumaat akan terus memberi manfaat kepada jemaah.



Mulai minggu ini, jemaah boleh menempah slot solat Jumaat setiap minggu, tanpa perlu menanti dua atau tiga minggu antara tempahan.



Solat Jumaat juga dimulakan lebih awal mulai semalam, selaras dengan waktu zuhur yang lebih awal sekarang.



Sesi pertama solat Jumaat dari 12.45 tengah hari hingga 1.30 petang.



Sesi kedua dari 1.45 petang hingga 2.15 petang atau 2 petang hingga 2.30 petang, bergantung pada saiz masjid.



Sesi ketiga pula dari 2.30 petang hingga 3 petang.



Beberapa masjid meniadakan sesi ketiga mulai semalam kerana kurang sambutan, namun mereka menambah ruang solat bagi sesi pertama dan kedua.



"Kami harap masyarakat faham dan bekerjasama sedang kami terus melaksanakan perubahan ke atas operasi masjid.



"Dengan kerja pembersihan bertambah, masjid-masjid kita kini memerlukan sokongan masyarakat lebih daripada biasa.



"Sedang kita membuka masjid kita secara selamat dan berperingkat, saya menyeru masyarakat agar teruskan sokongan bagi Ourmasjid.sg," kata Encik Kadir, menggesa orang ramai terus menderma.



Ourmasjid.sg merupakan inisiatif pendanaan awam masyarakat yang menyediakan wadah derma digital percuma yang mudah.



Menurut pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau, Encik Abdul Jalil Anwari, zon solat Jumaat di masjid itu ditambah kepada empat dengan sekitar 80 orang bagi setiap zon, berbanding tiga zon dengan 50 jemaah sebelum ini.



Dengan lebih ramai jemaah, kakitangan yang diperlukan ditambah 10 peratus.



"Antara peranan mereka ialah memastikan jemaah berada dalam jarak yang telah ditentukan dan tidak bergaul.



"Kami berharap jemaah dapat terus membantu menyokong masjid, terutama sekali dengan bilangan jemaah yang ditambah ini," kata Encik Abdul Jalil.




"Dengan kerja pembersihan bertambah, masjid-masjid kita kini memerlukan sokongan masyarakat lebih daripada biasa. Sedang kita membuka masjid kita secara selamat dan berperingkat, saya menyeru masyarakat agar teruskan sokongan bagi Ourmasjid.sg."
- Encik Kadir Maideen, Ketua Eksekutif Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >