Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja bina 2 stesen Laluan Rentas Pulau dijangka mula pada suku kedua 2022

2 kontrak sivil bernilai $861j telah diberi LTA bagi stesen Serangoon North, Tavistock
Jan 14, 2022 | 05:30 AM



PEMBINAAN stesen MRT Serangoon North dan Tavistock di Laluan Rentas Pulau (CRL) yang akan datang dijangka bermula pada suku kedua tahun ini.



Ini setelah Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memberikan dua kontrak sivil yang mempunyai kaitan dengan gabungan nilai $861 juta.



LTA berkata semalam bahawa kontrak untuk pembinaan dan reka bentuk stesen serta terowong Serangoon North diberikan kepada Hock Lian Seng Infrastructure pada nilai $454 juta.



Stesen itu akan terletak di bawah dua laluan sibuk jambatan kenderaan Yio Chu Kang Road dan Ang Mo Kio Avenue 3.



Lencongan trafik akan dilaksanakan di tahap tertentu proses pembinaan untuk memudahkan pembinaan stesen tersebut.



Sementara itu, laluan sambungan bawah tanah untuk stesen tersebut akan dibina dengan pelombongan di bawah jambatan kenderaan Yio Chu Kang Road.



Ini akan membolehkan pembinaan laluan sambungan bawah tanah untuk dijalankan tanpa menjejas jambatan kenderaan Yio Chu Kang Road, lantas mengurangkan kesusahan bagi para pemandu, kata LTA.



"LTA dan kontraktor akan memantau rapat kerja-kerja untuk memastikan ia dijalankan dengan selamat dengan kesan minimum ke atas pihak berkepentingan berdekatan dan struktur sedia ada," tambahnya.



Stesen Serangoon North akan mempunyai laluan kereta api tambahan ketiga untuk memudahkan pengambilan atau proses meletak kereta api.



LTA menyatakan bahawa Hock Lian Seng Infrastructure membina Depoh Kim Chuan dan stesen Marina Bay untuk Laluan Circle, dan kini terlibat dalam pembinaan stesen Maxwell di Laluan Thomson-East Coast (TEL).



Pihak berkuasa memberikan kontrak kedua - untuk reka bentuk dan pembinaan stesen dan terowong Tavistock - ke Sato Kogyo pada nilai $407 juta.



Syarikat itu membina stesen Bencoolen dan Mattar di Laluan Downtown (DTL), serta stesen Upper Thomson di TEL.



Stesen Tavistock akan bertempat di Ang Mo Kio Avenue 3 dan dikelilingi hartanah komersial dan kediaman.



LTA berkata untuk mengatasi kekangan ruang, syaf pelancaran perantaraan untuk kerahan mesin penggali terowong akan dibina pada jarak jauh dari tapak pembinaan.



Kerja penggalian akan diteruskan ke arah barat menuju stesen Ang Mo Kio di CRL serta ke arah timur menuju stesen di Serangoon North, melalui stesen Tavistock.



LTA juga berkata lantai stesen Tavistock diperbuat daripada aluvium lama, yang bahannya kebanyakan seperti tanah yang terdiri daripada tanah liat berpasir dan berkelodak. Ini dijangka menyebabkan alat pemotong di mesin penggali terowong menjadi haus.



"LTA dan kontraktor akan memantau rapat alat penggalian dan kerja-kerja keseluruhan untuk memastikan ia dijalankan dalam cara yang selamat dan tepat pada waktu dengan kesan minimum ke atas struktur sedia ada," tambah penguasa.



Fasa pertama CRL (CRL 1), yang panjangnya 29 kilometer, dijangka memulakan khidmatnya bagi penumpang pada 2030.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >