Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja bina, naik taraf sekolah ditangguh 2 tahun: MOE

Jejas dua sekolah rendah, dua menengah dan dua maktab rendah
Jul 27, 2021 | 05:30 AM



KERJA pembinaan dan naik taraf di dua sekolah rendah, dua sekolah menengah, dan empat maktab rendah (JC) akan ditangguh sehingga dua tahun disebabkan pandemik Covid-19, kata Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.



Kementerian itu berkata disebabkan keadaan pandemik ini, terdapat kekangan teruk dari segi tenaga kerja dalam sektor pembinaan dan gangguan dalam bekalan bahan pembinaan lantas menjejas kemajuan projek prasarana bagi beberapa sekolah.



Tiga JC dalam Program Suntik Nafas Baru JC, yang melibatkan kerja naik taraf atau pembinaan semula kampus JC lebih lama untuk menyokong lebih banyak model pengajaran dan pembelajaran interaktif, akan mengalami penundaan yang paling lama.



Kampus baru yang sudah dibina semula bagi Maktab Rendah Anderson Serangoon (ASRJC), Maktab Rendah Temasek (TJC) dan Maktab Rendah Jurong Pioneer hanya akan siap mulai Januari 2028, lebih lewat daripada yang dirancang iaitu akhir 2025.



Ini kerana lebih banyak masa diperlukan untuk kerja pembinaan dan mencantikkan tapak sementara mereka serta pembinaan semula di kampus tetap mereka, kata kementerian itu.



Kementerian itu berkata lagi bahawa bagi ASRJC dan TJC, pemindahan mereka ke bangunan sementara masing-masing di bekas tapak JC Serangoon dan JC Tampines kini akan berlaku pada Januari 2024, di mana mereka akan berada di situ selama empat tahun. Pemindahan itu sebelum ini dijadualkan berlaku pada 2023.



JC Yishun Innova akan mengalami penundaan dalam kerja naik tarafnya selama setahun. Ia akan pindah semula ke kampus yang dinaik taraf, yang terletak di bekas tapak JC Innova di Woodlands, pada Januari 2027.



Sementara itu, dua sekolah menengah yang terjejas - Sekolah Menengah Woodlands Ring (WRSS) dan Sekolah Katolik Hai Sing (HSCS) - kedua-duanya akan mengalami penundaan selama setahun.



Tapak tetap WRSS dijadual dinaik taraf dari Januari 2022 dengan Disember 2023. Sewaktu tempoh itu, sekolah itu sepatutnya menggunakan bekas Sekolah Menengah North View sebagai tempat sementaranya.



Memandangkan lebih banyak masa kini diperlukan untuk menyiapkan tapak sementara itu, sekolah itu akan berpindah pada Januari 2023 dan berada di situ hingga Disember 2024. Tapak tetap sekolah itu kini dijadualkan siap mulai Januari 2025.



Gabungan sekolah itu bersama Sekolah Menengah Fuchun juga ditunda setahun dari Januari 2024 ke Januari 2025, kata MOE.



Sementara itu, HSCS juga mengalami penundaan dan akan berpindah ke tapak sementara di bekas Sekolah Menengah Greenview pada Januari 2023 hingga Disember 2024. Tapak tetap sekolah itu dijadualkan siap dinaik taraf dari Januari 2025.



Bagi peringkat rendah, sekolah rendah Angsana dan Mayflower akan menghadapi penundaan sehingga enam bulan.



Sekolah Rendah Angsana (APS) sepatutnya pindah ke kampus baru di Tampines North pada Januari 2022, dengan tadika MOE (MK) baru dijadualkan buka di kampus baru itu.



Kementerian berkata tadika boleh dibuka tepat pada waktu, tetapi yang lain akan ditunda.



Justeru, APS dijangka pindah ke kampus baru sewaktu cuti Jun 2022.



Sementara itu, tapak tetap Sekolah Rendah Mayflower (MFPS) sedang dinaik taraf. Sekolah itu dan MK@Mayflower sedang beroperasi di bekas tapak Sekolah Rendah Kebun Baru.



Sekolah dan tadika itu dijadualkan kembali ke tapak tetapnya pada Januari 2022 tetapi ia ditunda ke cuti Jun 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >