Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja di rumah juga perlu jaga rambut, kulit kepala

Jun 18, 2020 | 05:30 AM



MENJAGA rambut dan kulit kepala memang penting meskipun ada perlu terus bekerja di rumah.



Ini kerana jika ia tidak dijaga dengan baik, mudah untuk seseorang mengalami masalah rambut seperti rambut gugur, kelemumur dan kulit kepala berminyak.



Oleh itu pakar rambut dari Beijing 101, Cik Alyssa Goh menasihati agar rambut perlu kerap dicuci dengan menggunakan syampu yang bersesuaian dengan masalah rambut yang dialami.



"Jika anda mempunyai masalah kelemumur, gunakan syampu yang dapat atasi masalah tersebut. Jika anda ada masalah rambut gugur, gunakan syampu yang bagi rambut gugur," kongsinya.



Memberikan beberapa panduan menjaga rambut dalam podcast terkini #NoTapis, Cik Goh turut berkata selain memastikan penggunaan syampu yang sesuai, beliau turut menasihati agar caranya mencuci rambut juga betul.



"Gunakan jari jemari dan bukan kuku. Ini kerana kuku ada kalanya mengandungi bakteria.



"Gunakan juga air suam sekitar 37 darjah Celsius kerana ia dapat mebuka-buka pori-pori di kulit kepala dan ia baik untuk menyuburkan rambut," katanya lagi.



Di samping itu, Cik Goh berkata bagi wanita yang bertudung dan perlu keluar rumah selepas mencuci rambut, beliau turut menasihati agar rambut itu dikeringkan dengan menggunakan pengering rambut.



Namun bagi mereka yang ingin mendapatkan pandangan pakar untuk mengetahui masalah sebenar rambut, anda boleh ke Beijing 101 untuk menyelesaikannya.



Beijing 101 mempunyai pengalaman lebih 45 tahun dalam membantu menyelesaikan dan melindungi isu keguguran rambut.



Kesemua konsultan rambut di Beijing 101 juga bertauliah dan dilatih secara profesional dalam memastikan setiap rawatan dikhususkan bersesuaian dengan masalah rambut pelanggan.



Bagi wanita yang bertudung, kini terdapat juga bilik peribadi khas untuk Muslimah.



Kini, berikutan dengan fasa kedua pembukaan semula ekonomi Singapura, kesemua konsultan rambut Beijing 101 juga akan memastikan langkah-langkah keselamatan termasuk mengenakan pelitup apabila memberikan khidmat.



Bahkan dalam satu tinjauan yang dijalankan pada Julai 2018 oleh Ipsos, ia mencerminkan 90 peratus pelanggan yang menjalani rawatan rambut bersetuju bahawa rawatan rambut di Beijing 101 amat berkesan berbanding pusat jagaan rambut lain yang pernah mereka melawat sebelum ini.



Apa yang membezakan rawatan Beijing 101 berbanding jenama dan khidmat lain, Cik Goh menjelaskan:



"Pakar rambut profesional 101 bekerjasama dengan pakar perubatan tradisional Cina (TCM) yang bertauliah dan menghasilkan rawatan bersesuaian dengan keadaan kesihatan kulit kepala seseorang."



Sejak 1974 Beijing 101 telah menumpukan perhatian kepada usaha menangani masalah rambut biasa seperti masalah kulit kepala, rambut gugur, rambut berminyak, rambut beruban, dan pelbagai jenis keguguran rambut. Syarikat itu mempunyai kehadiran di lebih 60 negara di seluruh dunia.



Semua rawatan yang dijalankan Beijing 101 menggunakan ramuan herba Cina premium yang membantu menyelesaikan masalah rambut secara bersepadu dan harmoni, yang sesuai dengan amalan TCM.



Dengan menggunakan ramuan herba Cina premium, rawatan yang diberikan oleh ahli terapi rambut dan pakar TCM Beijing 101 yang disahkan berfungsi selaras dengan prinsip merawat bukan sahaja gejala masalah rambut dan kulit kepala, tetapi juga punca masalahnya.



Kini pembaca Berita Harian boleh mendapatkan Rawatan Menenangkan Kulit Kepala Meridian berharga $40 sahaja.



Harga biasa ialah $366.



Anda juga akan mendapat Esen Jagaan Kulit Kepala percuma bernilai $138.




TAWARAN KHAS UNTUK PEMBACA BH



Penjagaan rambut dan kulit kepala amat penting demi memastikan rambut yang segar dan bertenaga.



Khas untuk pembaca Berita Harian, anda boleh mendapatkan Rawatan Menenangkan Kulit Kepala Meridian berharga $40 sahaja. Harga biasa ialah $366. Anda juga akan mendapat Esen Jagaan Kulit Kepala percuma bernilai $138.



Untuk mendengar penjelasan daripada pakar konsultan rambut Beijing 101, anda boleh mendengar podcast terkini #NoTapis.



Caranya mudah sahaja!



1. Muat turun aplikasi Spotify dalam telefon bijak.



2. Tekan #NoTapis di ruang pencarian podcast.



3. Follow #NoTapis untuk menikmati kandungan kami.



Ikuti podcast kami di www.BeritaHarian.sg atau 'Follow' di Spotify. Imbas Kod QR.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >